CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Sabah] Keputusan nyah klasifikasi laporan tragedy 'Double Six' kelegaan buat keluarga

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode


ANGKAT SUMPAH: Hajiji (tiga kiri) selepas menyaksikan majlis angkat sumpah lima setiausaha politik.

KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet kerajaan Persekutuan untuk menyahklasifikasikan laporan akhir tragedi nahas 'Double Six' yang berlaku 47 tahun lalu memberikan kelegaan kepada keluarga dan rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyifatkan keputusan berkenaan sebagai perkara melegakan terutama kepada ahli keluarga mangsa nahas pesawat yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Fuad Stephens, empat menteri dan enam individu lain.

Menurutnya, keputusan itu juga sekali gus akan merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian nahas itu.  

“Ini adalah satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit, tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet yang membenarkan tindakan nyah klasifikasi laporan berhubung tragedi itu selepas mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat oleh waris.

"Kerajaan begeri akan menerima penemuan keputusan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hajiji turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah seramai lima setiausaha politik baharu di sini semalam.

Mereka yang mengangkat sumpah adalah Abd Rahman Yakub, Mohd Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng, dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.

Kesemua mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian termasuklah di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang berkuat kuasa serta-merta.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list