CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia tahan kapal tangki langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:37 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Kapal tangki yang ditahan selepas melakukan lima kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan menahan sebuah kapal tangki yang melakukan lima kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Labuan Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata kapal terbabit ditahan di kedudukan 25 batu nautika barat laut Pulau Labuan kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

“Kejadian dikesan semasa kapal peronda Kapal Maritim (KM) Bistari melakukan pemeriksaan rutin terhadap kapal tangki yang berdaftar di Malaysia sepanjang rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut di sini.

“Hasil pemeriksaan terhadap dokumentasi kapal mengesan beberapa kesalahan termasuklah gagal mempamerkan dokumen insurans kapal, dokumen pelepasan pelabuhan serta senarai krew yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya kapten kapal bersama ketua jurutera  juga gagal mempamerkan dokumen kompetensi dan kelayakan yang sah.

“Kapten serta tujuh orang kru warga tempatan, Filipina dan Myanmar yang beruumur 21 hingga 47 tahun ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.

Mohd Hafiz berkata Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti atau jenayah di laut.

Katanya sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut atau kes mencari dan menyelamat khususnya di perairan Labuan boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060829 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list