CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6370|Reply: 54

Anak Lelaki Nak Ikut Farid Kamil Balik Raya Di Kedah, Peguam Diana Danielle Sedia Bincang Capai Persetujuan

[Copy link]
Post time 5-4-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Sebutan kes hadanah atau hak penjagaan anak membabitkan pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil berjalan lancar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Rabu.


Menurut Diana tuntutan yang dibuat itu adalah untuk mendapatkan keadilan buat dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


"Semua berjalan dengan baik, saya tak nak ulas lebih lanjut, cuma doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpulan dan penyelesaian.


"Ini bukan menang kalah, sebaliknya nak yang adil untuk anak-anak," katanya ketika ditemui media di perkarangan mahkamah.




Foto: IG




Sementara itu, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana berkata dia dan juga peguam Farid Kamil iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan berbincang untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik.


"Kedua-dua belah peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka berdua. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.


"Kami ada proses sulh pada 11 April depan, tapi sebelum itu insyaAllah kami akan berbincang dan akan rekod kalau ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.


"Sekarang ini hak penjagaan interim masih di lagi di bawah Diana, dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan sampai 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perkahwinan dengan cepat," kongsinya.


Akberdin juga berkata pihaknya kini turut berbincang tentang kemahuan anak lelaki Diana iaitu Muhammad yang ingin pulang beraya ke Kedah iaitu kampung halaman Farid.


Tambahnya, Diana diberi hak penjagaan sementara sehingga 30 Mei ini.


"Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara tersebut," katanya.


Berkongsi mengenai keadaan Aurora, Diana berkata anak keduanya itu dalam keadaan baik dan menghormati privasi anaknya.


"Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak," jelasnya.


Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana Danielle.


Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.


Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.


Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.


Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.


Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni mmg tetiap tahun beraya kat kedah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 02:34 PM | Show all posts
ok lah che mad jaga diri baik2 beraya di kedah nanti... harap2 ayah dalam keadaan waras sentiasa supaya takde sesi mengamuk dan hempuk2 smackdown... amin...

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 03:00 PM | Show all posts
muka che mad tu sebiji mcm muka anak pelawak tu kannn....
mcm adik beradik gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka che mad tu hri ni baru la aku nmpak sebijik dgn si parit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 03:40 PM | Show all posts
Mesti best tu balik raya kat Kedah. Tu yang Che Mat mau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 5-4-2023 03:00 PM
muka che mad tu sebiji mcm muka anak pelawak tu kannn....
mcm adik beradik gitu...


Masa anak pelawak tu kecik body figure dia cam che mad. Bentuk muka n kepala pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
utk anak2, elok la capai kate sepakat. dah che mad request. takkan DD nk bantah. kire ok la die tone down sedia nk diskas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 04:00 PM | Show all posts
mungkin chemad lebih happy raya kat kedah sebab situ ramai cousins dia.. FK kan ramai adik beradik.. nak raya belah DD mana ada cousins.. DD kan anak tunggal hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:10 PM | Show all posts
kira oklah tu fk sbnrnya kalau chemad nak ikut dia..kalau dia baran etc mesti che mad tak mau dekat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
penjarasgbuloh replied at 5-4-2023 03:40 PM
Mesti best tu balik raya kat Kedah. Tu yang Che Mat mau...

Budak budak mesti nak balik raya belah yang lagi meriah. Ramai cousin main lari lari sana sini. DD kan anak tunggal mak DD pun sekarang senyap je still comtact ke tak dulu selalu muncul mak dia haha mesti boring sikit raya belah DD.

Budak budak bukan faham sangat pun mak ayah tengah perang dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian chemad kalo raya dgn mak nya sendu di aidilfitrilah jawabnya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
So chemad raya kedah robeah raya key ell
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2x.. Tapi tulaaa... Di telan mati mak... Diluah mati bapak.. Ape2xpon jgn bermusuhlaa.. Itu saja...demi anak2x tolongla parent jgn bermusuh... Jd la co parenting yg baik dan contoh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
xpe la utk kegumbiraan che mad..bagus la tolerate..kalau time apak mengamuk che mad sila la lari kt atok moga atok smack down apak che mad okeh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap DD maintain baik dgn family mertua. Family sendiri broken, laki pun broken
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Chemad nak makan ketupat palas tu. Makpak fk ni nampak org baik2 je cuma fk jela weng sikit. Meriah raya beramai2 pandai chemad.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 5-4-2023 04:14 PM
Budak budak mesti nak balik raya belah yang lagi meriah. Ramai cousin main lari lari sana sini. DD ...

Ni betul. Anak aku anak tunggal, adik beradik aku  xde anak. Asal aku ajak balik kampung aku mesti dia moody. Kalau balik kampong bapak dia laju je kemas beg. Budak2 biasa la nak ada kawan bermain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe family kat kedah happening
atok nenek pun best
baru meriah sambut raya

dd tu reti x masak rendang ketupat lodeh ari raya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Amu rasa fk ni rapat je dgn anak2. Sbb tu che mad mau dgn fk.

Doa yg terbaik utk pasangan ni and anak2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071464 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list