CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3713|Reply: 0

[Tempatan] Petronas akan teruskan projek cari gali di Laut China Selatan - PM

[Copy link]
Post time 4-4-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Petronas akan teruskan projek cari gali di Laut China Selatan - Anwar
Yasmin Ramlan & Geraldine Tong & Raveena Nagotra
Diterbitkan:  Apr 4, 2023 12:08 PM



Petronas tetap akan meneruskan projek cari gali di kawasan Laut China Selatan walaupun ketika ini terdapat pertindihan tuntutan dengan China, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini, katanya, Malaysia menganggap kawasan mencari gali itu berada di wilayah negara dan ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri China Li Qiang dan Presiden Xi Jinping sewaktu kunjungan rasminya ke negara itu.

“Perkara ini saya sebut sendiri kepada Perdana Menteri Li Qiang dan Presiden Xi Jinping bahawa Malaysia menganggap ini kawasan daerah Malaysia.



“Maka oleh demikian, Petronas akan terus cari gali di kawasan itu,” katana tanpa mendedahkan nama kawasan berkenaan.

Anwar berkata demikian ketika menjawap soalan tambahan Takiyuddin Hassan (PH-Kota Bharu) sewaktu sesi pertanyaan kepada perdana menteri jika lawatan rasminya itu menyentuh tentang aspek keselamatan di rantau ini yang melibatkan tentera China di perairan laut China Selatan.

“Walau bagaimanapun, kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan.

“Tapi sementara itu, usaha kita untuk cari gali akan kita teruskan. Saya tak mahu mengelak daripada meneruskan rundingan, kerana ini pendirian Asean.

“Asean merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesaikan secara rundingan, tetapi setakat ini Malaysia bertegas bahawa ini adalah di kawasan atau wilayah Malaysia,” katanya.

Berhubung kehadiran kapal dan tentera laut China di Laut China Selatan, perdana menteri berkata negara itu telah menjelaskan bahawa ia berada di perairan antarabangsa, namun kementerian luar akan terus memantau dan mengeluarkan bantahan sekiranya terdapat perlanggaran.

Anwar berkata Malaysia dan Asean tegas dengan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha yang boleh meningkatkan ketegangan terutama dalam bidang ketenteraan.

“Sebab itu bila diumum penubuhan AUKUS, Malaysia menyatakan keresahan dan kebimbangan agar perkara ini tidak meledak sebagai suatu yang akan dianggap provokatif yang akan menyebabkan negara China meningkatkan kegiatan mereka di rantau,” katanya.



AUKUS merujuk kepada pembentukan kerjasama pertahanan tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Pada 30 Mac lepas Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata sebagai anggota Asean, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan rantauini sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) termasuklah dalam isu berkaitan perlucutan senjata nuklear, pencegahan percambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.095802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list