CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3585|Reply: 0

[Sabah] Noraini Idris dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah baharu

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA: Noraini Idris (kiri) menerima lantikan daripada Noraini Ahmad (kanan) di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur.NORAINI IDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang Datuk Noraini Idris (gambar) dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah baharu bagi sesi 2023-2026.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Wanita UMNO Malaysia pada Jumaat di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan media, Wanita UMNO itu juga turut mengumumkan pelantikan tiga pegawai utama Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Setiausaha, Datin Maizatul Akmam Alawi sebagai Bendahari dan Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan.

Noraini ketika dihubungi berkata, pelantikannya itu datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan dan memerlukan sokongan dari semua pihak terutamanya pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat khususnya di negeri ini.

Katanya, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung beberapa tahun lagi, cabaran besar menanti mereka bagi memastikan parti keramat itu kekal relevan di mata rakyat.

“Saya tahu tanggungjawab ini bukan mudah namun dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada ahli khususnya Wanita UMNO Sabah, saya yakin amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Terlalu banyak cabaran bakal dilalui bagi memastikan UMNO kekal relevan dan diterima oleh rakyat Sabah walaupun pelbagai persepsi negatif mula dimainkan oleh pihak tertentu di negeri ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list