CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3621|Reply: 0

[Sabah] Pemilik bertanggungjawab selenggara bangunan masing-masing

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:35 PM | Show all posts |Read mode


SELENGGARA: Pihak DBKK sedang membersihkan tumbuhan yang tumbuh di tingkat dua bangunan di sini.

KOTA  KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew sependapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bahawa pemilik bangunan di sini bertanggungjawab menyelenggara premis masing-masing.

Katanya, beliau menyokong rancangan DBKK untuk mengenakan tindakan undang-undang sewajarnya terhadap para pemilik berkenaan agar membuat penyelenggaraan berkala terhadap bangunan mereka.

"Walaupun kawasan awam di sini adalah dibawah tanggungjawab DBKK, tetapi penting pemilik bangunan juga bertanggungjawab untuk menyelenggara premis masing-masing sekiranya wujud sebarang kerosakan.

"Menjadikan persekitaran bersih adalah usaha bersepadu kerana ia melibatkan komuniti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip dalam satu kenyataan mahu meminda undang-undang kecil bangunan bagi memastikan pemilik berkenaan bertanggungjawab terhadap aset masing-masing khususnya bangunan.

"Selain meminda undang-undang berkenaan, penguastkuasaan juga memainkan peranan sama penting," katanya.

SELAMAT: Sebelum dan selepas penutup longkang diletakkan semula bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pada 24 Mac lalu, Christina turun padang meninjau sendiri keadaan kemudahan yang terdapat di sekitar ibu kota.

Beliau kecewa mendapati wujudnya pelbagai kerosakan di lorong belakang kedai khususnya di Kompleks Sinsuran.

Sementara itu, Christina memuji tindakan pantas DBKK untuk menggantikan penutup longkang di salah satu lorong kawasan Kompleks Sinsuran.

Katanya, pemilik kedai pernah ternampak seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang berkenaan disebabkan kerosakan penutupnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065192 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list