CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3141|Reply: 0

Had usia teksi, e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun

[Copy link]
Post time 3-4-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Had usia teksi, e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun

PUTRAJAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memutuskan had usia penggunaan kenderaan bagi teksi dan e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun bermula hari ini.

APAD berkata, lanjutan had usia itu dibuat selari dengan hasrat Kementerian Pengangkutan mahu menambah baik sistem pengangkutan awam negara.

Menurutnya, had baharu usia teksi dan e-hailing itu terpakai bagi kedua-dua kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Bagaimanapun, ada tiga syarat perlu dipatuhi iaitu perlanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.

“Selain itu, semua kenderaan yang akan diberi kelulusan perlu mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Dalam pada itu, syarat lain termasuk mematuhi syarat operasi yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin,” katanya tadi.

Katanya, APAD berharap peserta industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang mampu dijadikan mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti.

Jelasnya lagi, sebarang pertanyaan lanjut mengenai syarat perlanjutan had usia ini boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.

Sebelum ini, had usia bagi penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing ditetapkan sehingga 10 tahun.- KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -sehingga-15-tahun/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list