CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4526|Reply: 6

Iskandar Spring Terpaksa Menumpang Rumah Adik Ipar

[Copy link]
Post time 3-4-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Pemain gitar kumpulan Spring, Iskandar yang menderita pelbagai penyakit kronik termasuk lumpuh nekad berpindah ke Miri, Sarawak pada Jumaat lalu bersama isterinya berikutan bebanan kewangan dihadapi.


Nur Hidayah Cecilia Abdullah atau lebih mesra disapa Cece berkata, dia sedikit lega kerana adiknya menyatakan kesanggupan untuk membenarkan dia sekeluarga menumpang tanpa mengharapkan apa-apa bayaran.








“Ketika ini kami terpaksa membayar sewa bulanan yang agak tinggi iaitu RM1,200 ditambah dengan keadaan ekonomi tak menentu, terpaksa pula cari perbelanjaan untuk tanggung kos perubatan suami, jadi sukar untuk teruskan kehidupan lagi di sini (Semenanjung Malaysia).


“Apabila adik saya izinkan kami menumpang di rumah dia, terasa ringan sedikit bebanan yang ditanggung sebelum ini.


“Kalau terus menyewa di rumah ini, kami memang terkesan sebab setiap bulan tuan rumah akan meminta bayaran mengikut tarikh yang ditentukan,” katanya kepada Malaysiakini.


Bagaimanapun, mereka akan mengikhtiarkan sesuatu untuk membayar setakat yang termampu kerana enggan menambah beban adiknya sekeluarga.


“Tapi saya akan tetap hulur (bayar) juga untuk ringankan beban dia (adik) nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi ziarah bersama Persatuan Karyawan Malaysia di Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan kelmarin.


Pada sesi ziarah itu, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez menghulurkan wang kutipan amal berjumlah RM4,000 hasil kutipan daripada Jelajah Solidariti Untuk Iskandar Spring yang diadakan di beberapa negeri sejak Januari lalu.








Iskandar atau nama penuhnya Tengku Radin Iskandar Tengku Musaidin sudah lebih setahun terlantar di rumah akibat strok.


Pada masa sama, dia perlu menjalani dialisis di rumah empat kali sehari akibat komplikasi buah pinggang. Situasi itu sekali gus menyebabkan Cece tidak dapat meneruskan perniagaan menjual produknya. Iskandar juga mengalami kesukaran bertutur.


Iskandar, 54, yang juga antara pengasas kumpulan Spring hilang daya upaya kerja dan akibatnya dia tiada sumber mata pencarian.


Ekoran masalah kesihatan itu Iskandar memerlukan biaya kos perubatan dan perbelanjaan yang agak tinggi iaitu sekitar RM40,000 setahun atau secara purata RM3,000 sebulan.


Cece berkata, perpindahan mereka ke Miri juga dianggap sebagai satu suntikan semangat untuk dia menjaga Iskandar kerana dia lebih dekat dengan adik-beradiknya.


Di situ, katanya, ramai dalam kalangan keluargnya yang berkesempatan untuk membantu dia menjaga Iskandar.


“Saya anggap ia sebagai sokongan moral buat saya. Kami tak mahu menyusahkan ibu Iskandar yang ketika ini sudah berusia 75 tahun.


“Di Miri, adik-beradik saya ramai yang boleh membantu ketika ketiadaan saya di rumah untuk menjaga Iskandar sekiranya saya perlu bekerja,” katanya lagi.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 12:42 PM | Show all posts
cantik isteri dia, sejuk mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:48 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak nasihat lagi2 yg kerja sendiri atau swasta carum la takaful(utk muslim) atau insuran, kalau hilang upaya kekal dpt pampasan, ringan la sikit beban. Kos rawatan mahal skg. Iols doakan yg baik2 utk family ni, duduk dkt dgn family tu kekuatan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk thread ni teringat kisah di sebalik lagu Rendang Tak Berbuah. Semasa tulis lagu tu, Bob Lokman terlantar sakit kronik.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujian..semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ni..
Tapi, hasil kutipan jelajah sejak Jan dibeberapa negeri rm4k aje.?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2023 11:42 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan utk si isteri dan keluarga....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045405 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list