CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2949|Reply: 6

Mujur Tak Tercekik- Lelaki Beli Murtabak Di Bazar, Isinya Duit Syiling Dua Keping

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelanggan yang membeli murtabak di sebuah bazar Ramadan yang tidak dinyatakan lokasi memuji kesedapan makanan tersebut.


Bagaimanapun dia nyaris tercekik ketika menikmati makanan itu selepas mendakwa terdapat 'isi' lain yang keras di dalamnya.




Foto: FB




"Alhamdulillah, murtabak sedap. Tapi itu la... tak habaq (beritahu) nak bagi baki melalui isi dalam murtabak.


"Mujur tak tercekik... bukan nak cari salah, cuma nak berkongsi cerita," luahnya di grup Facebook.


Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, kelihatan dua keping syiling 10 sen ditemui di dalam murtabak berkenaan.


"Bukan mengeluh, ini kan saya nak berkongsi. Bukan saya mengeluh tak sedap," katanya lagi menerusi ruangan komen.


Di ruangan komen, luahan pelanggan berkenaan meraih pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen.




Foto: FB




"Beli murtabak, percuma duit. Cash back (pulangan tunai) ni.


"Untung la, baki dalam isi, padu.


"akej, beli murtabak dapat duit.


"Dapat cabutan bertuah," demikian antara komen netizen.


Malah, ada yang mendakwa ia sebagai 'pelaris' yang diletakkan di dalam makanan bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli.


"Duit pelaris tu. Bubuh dalam inti," komen netizen.


Bagaimananapun, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meletakkan benda-benda fizikal sebagai pelaris bagi menarik pelanggan serta melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.


Menurutnya, hal ini kerana pergantungan seseorang akan beralih kepada pelaris, bukannya kepada Allah SWT, ia adalah satu amalan khurafat yang boleh membawa kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah.


"Hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik dalam usaha kita mencari rezeki yang berkat.


"Sebaliknya, berusahalah dengan cara yang baik serta lazimi dan amalkanlah ayat-ayat Quran di samping bermohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki dan keuntungan yang berganda dalam perniagaan," jelas Zulkifli lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasal orang suruh kunyah dulu. Ada ka org makan murtabak terus telan ja. Yang itu tak payah ada syiling pun layak tercekik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:47 AM | Show all posts
ya mungkin pelaris  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:54 AM | Show all posts
wahh siap ada pelariss tu... patut ler sedappp...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 10:10 AM | Show all posts
yes , pelaris !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 11:10 AM | Show all posts
kalau pelaris takkan dia masuk kat dalam murtabak jual?
so semua murtabak ada duit?
ke inti dah sampai last dia cedok habis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya ni..
Ni shikin.ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.226347 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list