View: 15125|Reply: 1
|
Tiga Penyokong Bola Sepak Ditahan Gara-Gara Merusuh Luar Stadium Bandaraya
[Copy link]
|
|
Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden rusuhan di luar kawasan Stadium Bandaraya, di sini, tengah malam tadi.
Insiden berkenaan juga tular di media sosial menerusi beberapa video.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu pihaknya mengesan video memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak membuat rusuhan di kawasan berkenaan.

Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam tadi selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC menentang Perak FC.
" ergaduhan berpunca daripada provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan.
" olis berjaya mengawal keadaan dan menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian itu bagi siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Soffian berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 23 tahun dan ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas daripada dadah.
Katanya, seorang daripadanya didapati mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.
"Kesemuanya dilepas dengan jaminan polis selepas selesai soal siasat dan kita juga giat mengesan lain-lain individu yang disyaki terbabit.
" olis menasihati orang awam supaya tidak menularkan video mengenai kejadian itu bagi mengelak sebarang spekulasi," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Merusuh ke hulu ke hilir...kalau betul2 berbakat..ko gi selection utk jadi player sampai boleh menang world cup...takat dok memekak sokong sana sini...buang masa je |
|
|
|
|
|
|
| |
|