Katanya, kegiatan itu termasuk penebangan hutan, pencemaran, penangkapan ikan secara berlebihan, perubahan guna tanah dan aktiviti lain manusia yang mendorong kepada kehilangan dan pemecahan habitat.
"

erubahan iklim juga mempercepatkan kehilangan biodiversiti dan mengurangkan daya tahan ekosistem. Hal ini meningkatkan risiko berkaitan alam semula jadi, seterusnya mampu menjejaskan daya maju perniagaan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.
"

erniagaan yang sangat bergantung pada perkhidmatan ekosistem untuk meneruskan operasi adalah yang paling terdedah kepada risiko berkaitan alam semula jadi," katanya.
BNM menyebut, risiko berkaitan alam semula jadi dan iklim berkait rapat, yang boleh dizahirkan dalam bentuk risiko fizikal, peralihan dan liabiliti.
"Risiko ini juga boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan ekonomi yang disebabkan oleh kemerosotan dari segi keupayaan untuk menyesuaikan keadaan dan membina daya tahan terhadap kejadian buruk," katanya.
Justeru, BNM menyebut, langkah yang menyeluruh dan dirangka dengan teliti bagi menggalakkan penggunaan secara bertanggungjawab atau menggantikan semula sumber, adalah penting untuk memelihara nyawa dan mata pencarian rakyat.
Kajian Bank Dunia menilai tahap kerosakan yang akan berlaku jika bahagian tertentu sesebuah ekosistem, seperti perikanan laut, pendebungaan liar dan bekalan kayu balak dalam ekosistem berkurang sebanyak 90 peratus.
Kajian itu mendapati, di Asia Timur dan rantau Pasifik, keadaan itu boleh mengakibatkan kerugian sebanyak 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, berbanding dengan senario asas.
Di Malaysia, kerugian dijangka lebih besar iaitu sebanyak enam peratus daripada KDNK menjelang 2030 disebabkan oleh kesan buruk daripada perkhidmatan ekosistem perhutanan dan perikanan Malaysia yang terjejas.
"Sehubungan itu, BNM merancang untuk meluaskan libat urus dan inisiatif pembinaan keupayaan semasa pada peringkat bank serta sektor kewangan supaya mengambil kira risiko berkaitan alam semula jadi.
"Tumpuan segera adalah untuk mengenal pasti peluang bagi memajukan usaha yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim," katanya.
Sebagai contoh, BNM menyebut, jawatankuasa kecil JC3 bagi Menangani Jurang Data (Bridging Data Gaps, BDG) sedang mengkaji cara untuk menambah baik pengumpulan data berkaitan dengan risiko alam semula jadi di Malaysia.
"Usaha ini bertujuan untuk memudahkan analisis yang lebih terperinci mengenai cara sektor kewangan meningkatkan risiko berkaitan alam semula jadi dan kesan kehilangan biodiversiti terhadap sistem kewangan.
"Analisis ini akan dijadikan asas dalam menentukan keutamaan tindak balas industri terhadap risiko berkaitan alam semula jadi," katanya.