View: 8510|Reply: 19
|
Anggota Komando VAT 69 Masih Marah, Sedih Terkenang Tragedi Lahad Datu
[Copy link]
|
|
Biarpun peristiwa berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sudah 10 tahun berlalu namun perasaan sedih, marah dan dendam masih dirasai Koperal Mohd Qaiyum A'iqal Zolkipli yang terlibat dalam penugasan misi Op Daulat.
Mohd Qaiyum A'iqal, anggota Komando 69 juga dikenali sebagai VAT 69, sukar untuk menerima kenyataan kehilangan dua rakan seperjuangan dalam kejadian itu iaitu ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam operasi bagi memerangi pengganas Sulu pada awal 2013.
“Semasa saya bersama pasukan sedang bertempur di Tanduo, Lahad Datu, tiba-tiba pasukan kami dimaklumkan ada anggota yang tumbang iaitu kedua-dua arwah Zulkifli dan Sabaruddin.
“Apabila saya dapat tahu kedua-dua rakan seperjuangan sudah tiada, saya jadi bersemangat, marah dan geram terhadap pengganas Sulu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Qaiyum A'iqal yang masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia di Cawangan Kem Komandan 69 Komando di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta Perak berkata beliau turut cedera di bahu kanan terkena tembakan musuh ketika dalam pertempuran berkenaan.
Mengenai kenangan bersama Allahyarham Zulkifli, Mohd Qaiyum A'iqal berkata mereka berdua memang rapat selain mempunyai hobi sama iaitu suka kepada motosikal berkuasa tinggi.
“Kenangan yang masih segar dalam ingatan saya sehingga kini adalah sebelum kami berlepas ke Sabah di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), arwah (Zulkifli) ada pesan dan berjanji akan pulang sekali selepas tamat Op Daulat.
“Dia cakap begini: ‘Qaiyum nanti kita balik sama-sama ya’ dan dia peluk saya selepas itu. Kami naik penerbangan sekali dan arwah banyak bercerita mengenai motosikal berkuasa tinggi, saya pun minat dengan motor besar ini,” katanya.
Beliau berkata sewaktu pantomim peristiwa Lahad Datu dilakonkan kembali sempena Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini, sememangnya beliau amat terkenangkan arwah Zulkifli dan Sabaruddin.
“Apabila pantomim dilakonkan kembali, begitulah keadaan sebenar yang berlaku di Lahad Datu dan setiap kali pantomim dimainkan, suara arwah Zulkifli masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya semasa kami bersama,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam Op Daulat itu, beliau memaklumkan ia merupakan misi pertama disertainya selepas tamat latihan khas komando.
“Waktu itu, saya baru habis latihan asas komando dan pada masa sama telah berlaku insiden penceroboh Lahad Datu. Saya tahu operasi (Op Daulat) ini merupakan operasi yang besar dan perlu digalas kerana melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.
Beliau berkata tugasnya dalam Op Daulat adalah sebagai anggota penjejak yang bertujuan menjejak bilangan dan kekuatan musuh.
“Antara tugas saya sebagai anggota penjejak adalah perlu menjejak bilangan dan mengetahui kekuatan musuh seperti senjata apa yang dipakai musuh, kubu dan kedudukan musuh,” katanya.
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 peristiwa berdarah berkenaan.
Sumber: BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya.. Maseh Ingat
Tweet from menteri isketambola
Lahad Datu no risk 2 us :
1)Very remote 150km from Lahad Datu
2) Surrounded by our forces
3)No Msians involved/taken hostage
4)Not terrorist.
12:28 AM · Feb 24, 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak mustahil di antara ramai2 tentera dan polis yg terlibat menghidap PTSD
Apapun, bukan terrorist suluk saja tp politicians pun bertanggungjawab ya atas kematian anggota beruniform kita. tingat si tua bangkai tu aman2 jah pergi tengok anak hanat dia main DJ pd malam kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sanpai arini iols masih tertanya2 knp x guna askar yg pertahan ngra dr diceroboh, askar ada license to kill+ byk aset.... tp polis kna ikut sop x blh tembak suka2 |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 2-4-2023 05:06 AM
Sanpai arini iols masih tertanya2 knp x guna askar yg pertahan ngra dr diceroboh, askar ada license ...
. Pemberontak sulu ni kategori pemberontakan kecil.
Kalau sulu ada jet ada tank mcm Russia buat pada Ukraine tu
Baru Raja Melayu / Askar turun padang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ramai acai kata najib sengaja bikin wayang sebab nak tangguh PRU13 takut kalah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, ai rasa mendiang Michael. Perut dia ditoreh dan jantung dikeluarkan. Time siang menteri janek tu cakap, semua masih terkawal, jgn bimbang etc2 Tapi malam yg sama tu la polis bertungkus lumus bertarung dgn Suluk sial tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 2-4-2023 01:22 PM
. Pemberontak sulu ni kategori pemberontakan kecil.
Kalau sulu ada jet ada tank mcm Russia buat pa ...
Tp senjata diorg canggih2 bkn mcm kes memali serang polis pakai parang.....lg pun byk nywa polis yg terbunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Guna askar dikira perang, negara terikat dgn international law bawah Geneva convention rasanya, akan diperhatikan dan boleh campur tangan negara kuasa besar. Tapi katanya memang ada guna askar tapi tukar uniform.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba teringat yg PMYT kata tiupan seruling emas di Sabah tu.. latest update katanya huru harap akan jadi petang Rabu gitu kot..aii pun baca sekali lalu jaa dekat whatapp group awai tahun tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 2-4-2023 05:41 AM
Tp senjata diorg canggih2 bkn mcm kes memali serang polis pakai parang.....lg pun byk nywa polis y ...
Senjata sulu tu xde la canggih sangat
Standard pemberontakan je.
Nampak canggih sebab semua senjata
Fully automatik. Senjata diorang ni pun
Nampak mcm M16 padahal bukan ori U.S pun
Siapa la mengajar diorang memberontak pakai M-16
Kalau Sulu ada senjata FN-2000 dan P-90
Yang ni u wajib takut sebab senjata ni NATO je ada
|
|
|
|
|
|
|
|
syadq replied at 2-4-2023 01:49 PM
Guna askar dikira perang, negara terikat dgn international law bawah Geneva convention rasanya, ak ...
Oooo......sbb iols fikir perang ni taktikal dia lain dpd penjenayah. Mcm tentera suluk ni diorg mmg dh well trained dgn senjata & pemikiran diorg pun dh ditanam smgt berjuang x mcm penjenayah caprut yg polis sllu tembak tu cuma nk metompak merogol jr keja diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand rilek ja guna askar kejar 'terorists'
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 2-4-2023 01:08 PM
ada jenazah yang di mutilatedkan
not sure kalau mendiang Micheal or one of the others
sepupu sihan ...
mendiang micheal tak kena potong. sbb bila kena tembak, dia jatuh bawah pelantar tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah borak dgn polis yg terlibat, dia siap cakap sarawak rangers masuk pun x lut diaorg tu |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 2-4-2023 08:49 PM
aku penah borak dgn polis yg terlibat, dia siap cakap sarawak rangers masuk pun x lut diaorg tu
ada kwn bgtau..boleh pastu...pas drng 'tukar taktik'. |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah ..salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
pengganas SULUK itu jam berkawan dgn saitan...tembak x mampus |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sambaldurian at 3-4-2023 09:24 AM
Boleh jd sulu tu adalah funder dia tu dr negara lain .Ghisau... semoga Sabah, dan negeri2 lain Msia ni terhindar dari bahaya pengganas/penceroboh. Semoga yg ada niat jahat kpd Msia tu dipanah halilintar, ditimpa bala. |
|
|
|
|
|
|
|
kes sulu ni la kan yg ada org dalam khianat tu. polis sendiri bg maklumat kt pengganas. harap digantung sampai mati org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|