CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6633|Reply: 4

Pada Ekzos Bising, 13 Proton Wira Kena Sita

[Copy link]
Post time 2-4-2023 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan parkir di Jalan Alamanda, di sini dengan mengeluarkan bising kenderaan masing-masing mengundang padah apabila polis menyita 13 buah Proton Wira, dalam operasi malam tadi.


Tindakan mereka turut mengganggu ketenteraman awam ketika bulan Ramadan ini.


Kesemua kenderaan terbabit disita dalam Ops Bersepadu / Samseng Jalanan itu untuk tindakan pemeriksaan bunyi ekzos Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Sebahagian daripada kereta yang disita kerana mengeluarkan bunyi bising dalam Op Bersepadu / Samseng Jalanan di Jalan Alamanda. FOTO Ihsan PDRM




Selain itu, turut disita, tiga buah motosikal kerana melakukan pelbagai kesalahan kerana tiada cukai jalan, tiada lesen memandu serta nombor pendaftaran.


Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, operasi yang bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi tertumpu di kawasan berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima.


Beliau berkata, operasi itu disertai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan turut dibantu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan lain-lain agensi.


"Jumlah saman yang dikeluarkan dalam operasi ini adalah 101 saman termasuk 13 kenderaan dan tiga motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


"Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, insuran, nombor pendaftaran, aksesori, cermin sisi dan mengubah suai ," katanya di sini hari ini.


Abdull Razak berkata, jumlah individu yang ditahan dalam operasi ini adalah seramai tiga orang berusia antara 19 hingga 27 tahun yang membabitkan empat kes.


Beliau berkata, antara kesalahan adalah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (dua kes), Seksyen 108 (3) (f) 1987 (1 kes) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (1 kes).


"emilik 13 kenderaan yang disita berusia antara 20 hingga 35 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan," katanya.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kete Wira disita
Tapi Lambo jiran macik ni
Pepagi running engine
Bergegar dinding rumah
Sebab cukai mahal
Harus dimaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:47 AM | Show all posts
she replied at 2-4-2023 09:17 AM
Kete Wira disita
Tapi Lambo jiran macik ni
Pepagi running engine

Lambo tu dah enjin dia V12 off course la bising. Ekzos standard kilang. Harga ekzos dia je dah sama nilai dengan Perodua Myvi. nak senyap guna la kereta elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 2-4-2023 10:47 AM
Lambo tu dah enjin dia V12 off course la bising. Ekzos standard kilang. Harga ekzos dia je dah sama ...

Maksudnya? Undang2 jalanraya tidak berkuatkuasa pada kenderaan mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:25 AM | Show all posts
she replied at 2-4-2023 01:21 PM
Maksudnya? Undang2 jalanraya tidak berkuatkuasa pada kenderaan mahal?

kena refer ke JPJ ya..pengguna ada duit boleh je beli kereta mewah tu. pokcik rasa asalkan ia datang orginal dari kilang dan tanpa pengubahsuaian boleh je daftar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038532 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list