Tiga orang pencuri termasuk dua wanita merompak sebuah kedai elektronik yang ditutup menjelang waktu berbuka puasa di Jalan Cinamuk, Mukim Garut Kota, Jawa Barat pada Khamis lalu, lapor portal berita Tribun Cirebon semalam.
Pemilik kedai, Krisna Gustia berkata bahawa ketika kejadian, seorang pekerja kedainya hendak pergi ke warung dan masjid kerana mahu berbuka puasa, manakala seorang lagi berada di bahagian belakang kedai.
Kejadian itu dirakam menggunakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
Dalam rakaman itu, seorang lelaki bertopi dan berjaket biru masuk dan mencuri barang di dalam kedai tersebut.
Selang beberapa saat kemudian, dua wanita turut masuk ke dalam kedai dan dengan santai mengelilingi premis perniagaan tersebut. Perompak perempuan bertudung hitam kemudian keluar disusuli lelaki bertopi itu.
Lelaki itu dirakam memasukan barang rompakan ke dalam jaketnya. Dia melarikan komputer riba Macbook Air M1 dianggarkan berharga lebih 15 juta rupiah (RM4,421).
“Kejadian ini sudah diketahui oleh polis yang sudah memeriksa lokasi,” kata Krisna. – Agensi
Sumber: KOSMO!ONLINE
|