CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13967|Reply: 2

Petunjuk ekonomi utama berkembang sederhana

[Copy link]
Post time 1-4-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Petunjuk ekonomi utama berkembang sederhana


Orang ramai membuat persiapan Aidilfitri. - FOTO Asyraf Hamzah


Kuala Lumpur: Petunjuk ekonomi utama Malaysia terus berkembang sederhana pada Januari 2023, walaupun dalam keadaan konflik geopolitik dan peningkatan inflasi yang berterusan dalam ekonomi global, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah perdagangan negara mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.9 peratus pada Januari 2023 kepada RM207.5 bilion berbanding RM203.6 bilion pada Januari 2022.

"Eksport meningkat 1.6 peratus kepada RM112.8 bilion, manakala import berkembang 2.3 peratus kepada RM94.7 bilion.

"Sementara itu, lebihan dagangan menyusut sebanyak 2.1 peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM18.2 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini, bersempena pengumuman Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Vol 3/2023.

Selain itu, prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2023 menokok 11.0 peratus atau RM20.3 bilion berbanding Februari 2022 kepada RM205.0 bilion. Eksport meningkat 9.8 peratus kepada RM112.3 bilion dan pertumbuhan import terus mengatasi pertumbuhan eksport, naik 12.4 peratus kepada RM92.7 bilion.

"Imbangan perdagangan kekal dalam lebihan RM19.6 bilion, walaupun susut 1.3 peratus daripada tahun sebelumnya."

Beliau juga menyatakan bahawa nilai jualan sektor pembuatan Malaysia bertambah sederhana sebanyak 6.5 peratus kepada RM148.0 bilion pada Januari 2023 berbanding 8.8 peratus yang disaksikan semasa bulan sebelumnya.

"Momentum positif yang berterusan ini telah disokong oleh pertumbuhan dua digit dalam subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (14.0 peratus) serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik (10.1 peratus).

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh sederhana 1.8 peratus pada Januari 2023 berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, dipengaruhi sebahagiannya oleh pertumbuhan output yang agak perlahan dalam sektor pembuatan dan output elektrik mencatatkan penyusutan sebanyak 4.3 peratus.

Sementara itu, pengeluaran perlombongan berkembang 5.9 peratus.

Beliau juga menambah, nilai jualan perdagangan borong dan runcit di Malaysia adalah RM135.1 bilion pada Januari 2023, dengan pertumbuhan 12.4 peratus.

Peningkatan ini disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang melonjak sebanyak RM10.6 bilion atau 21.7 peratus kepada RM59.6 bilion.

Kenderaan bermotor dan perdagangan borong juga menokok, masing-masing kepada 20.1 peratus kepada RM15.2 bilion dan 3.1 peratus kepada RM60.4 bilion.

Daripada perspektif harga, inflasi Malaysia pada Januari 2023 mencatatkan kenaikan yang lebih perlahan sebanyak 3.7 peratus berbanding 3.8 peratus pada Disember 2022.

"Pertumbuhan inflasi ini masih didorong oleh tiga kumpulan utama iaitu restoran dan hotel (6.8 peratus), makanan serta minuman bukan alkohol (6.7 peratus) dan pengangkutan (4.0 peratus).

Bagi Februari 2023, inflasi Malaysia kekal pada 3.7 peratus.

"Momentum pemulihan dijangka berterusan pada bulan-bulan berikutnya walaupun pada kadar yang lebih perlahan, berikutan impak ke atas sektor pelancongan Malaysia susulan pembukaan semula sempadan China serta pemulihan berterusan dalam pasaran buruh," kata Mohd Uzir..

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... erkembang-sederhana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 06:35 PM | Show all posts
Petunjuk ekonomi utama berkembang sederhana merujuk kepada set data statistik yang menyediakan gambaran keseluruhan tentang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan negara. Petunjuk ini termasuk data seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, angka pengangguran, dan perdagangan internasional, antara lain. Data ini membantu pemerintah dan pelaku ekonomi untuk memantau kinerja ekonomi dan membuat keputusan yang tepat dalam menjaga stabilitas dan pertumbuhan ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 11:29 AM | Show all posts
kemajuan ekonomi merupakan indikasi positif perkembangan suatu bangsa. masih perlu digalakkan untuk sampai ke level makmur sentosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052492 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list