CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7918|Reply: 5

Nenek Genggam Ijazah Sarjana Hasil Jual Minyak Terpakai

[Copy link]
Post time 1-4-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Tanpa tajaan mahupun biasiswa, seorang warga emas berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan dan perniagaan di sebuah universiti tempatan.


Menariknya, sepanjang pengajian dua tahun secara pengajian jarak jauh (PJJ), Habibah Yaakob, 60, menggunakan tabungan sendiri daripada hasil jualan minyak masak terpakai dan barang kitar semula yang diusahakan sendiri.


Habibah berkata, dia memperolehi purata nilai gred kumulatif ( CGPA) 3.69 selepas menyemak dan melihat keputusan akhir pengajian menerusi laman sesawang universiti terbabit, pagi tadi.


Sumber BH Online




"endapatan daripada hasil jualan minyak masak terpakai yang dibeli daripada golongan suri rumah dan peniaga gerai serta restoran malah jualan barangan kitar semula digunakan untuk membiayai pengajian kira-kira RM 24,000.


"Kejayaan ini lebih bermakna kerana walaupun saya perlu menghadiri pengajian sama ada secara bersemuka dan dalam talian, saya masih mempunyai masa untuk aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan," katanya ketika dihubungi.


Selain bergerak aktif membeli minyak masak terpakai dan mengumpul barang kitar semula, Habibah adalah Ketua Biro Aktiviti Pasukan Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) Perak dan Pengerusi Combi Daerah Muallim.


Nenek kepada lima cucu itu berkata, masa belajar dan menjalankan urusan jual beli serta aktiviti sukarelawan dibahagikan dengan sistematik.


Katanya, empat anaknya yang berumur 29 sehingga 32 tahun juga memberi semangat dan motivasi sepanjang pengajian di universiti.


"Bukannya mudah untuk menggapai kejayaan ini dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan masa namun saya berjaya mengharunginya sehingga mencipta kejayaan peribadi.


"Kalau diizinkan, Insya-Allah saya berhasrat menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada masa akan datang," katanya.


Dia berkata, kejayaan itu diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama golongan muda yang sedang atau akan menyambung pengajian walau di mana peringkat sekali pun.


Katanya, majlis konvokesyen universiti dijadualkan berlangsung pada Oktober depan di ibu kota.





Sumber: BH ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah nek. Iols teringin nak sambung belajar tapi bila fikirkan komitmen rasa tak sanggup. Iols minat buat short course.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:38 PM | Show all posts
sangat memberi inspirasi dan motivasi, tahniah nenek
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kudosss macikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh acikk.. jadi inspirasi kpd sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 01:35 PM | Show all posts
tahniahh cikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043945 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list