"Saya nampak buaya itu di persisiran The Shore. Jadi saya berharap pihak berkaitan dapat memasang papan tanda mengingatkan orang ramai yang bersiar-siar di pesisir Sungai Melaka supaya berhati-hati.
"
ihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) juga diharap bertindak segera untuk menangkap buaya itu," katanya dihubungi di sini.
Menurutnya, beliau difahamkan sejak pertengahan tahun lalu penduduk melihat buaya itu yang dipercayai bersarang di bawah jambatan kayu di pesisir sungai.
"Disebabkan kerja pembinaan jambatan kayu berdekatan kawasan Bunga Raya Pantai di sini, sarang buaya mungkin diganggu dan ia menghilang untuk sementara waktu.
"Namun, apabila pembangunan jambatan kayu dihentikan baru-baru ini, buaya itu muncul semula," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood ketika dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan pegawainya susulan aduan terbaru itu.
Menurutnya, usaha menjejaki buaya terbabit termasuk memasang perangkap dilakukan sejak tahun lalu, namun tidak berhasil.
"
ihak kami juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka untuk melaporkan segera jika terserempak buaya di Sungai Melaka," katanya.
Sumber: HARIAN METRO