"Ini hak masing-masing. Kisah di sebalik lagu yang dipaparkan dalam klip video itu menghiburkan. Tarian dipamerkan hanya 'bunga' yang mengindahkan jalan cerita," katanya.
Bagi Noraniza, selagi tidak melanggar batas Melayu ketika meraikan Aidilfitri, tiada perkara serius boleh timbul.
Tambahnya, nasihat dalam lagu Cak Kun Cak Raya berbeza dan mampu memberi kesan kepada pendengar.
"

ada Ramadan, adab bertemu orang tua, salam cium tangan bagi yang muda kepada yang tua itulah mesej sebenar yang hendak ditunjukkan.
"Itulah yang perlu ditonton, tetapi orang pandang sekali lalu sahaja. Tarian 'gedik' dalam klip inilah yang menarik umum berpatah balik kepada mesej utama itu.
"Tarian itu pula sekadar hiburan dalam banyak lagu raya yang tertib, sekurang-kurangnya, ada satu satu elemen yang melucukan.
"Untuk lagu raya ini, saya masih anggap gerak tari yang dipaparkan sekadar hiburan dan nasihat berkonsep hiburan," katanya.
Ditanya mengenai baju Melayu terlalu sendat digayakan Aliff bersama lima penari lain, Noraniza berkata, soal pemakaian adalah subjektif dan mungkin mereka mahu mengetengahkan gaya baharu dalam pembawakan lagu berkenaan.
"Saya tiada masalah kerana pakaian subjektif kepada konsep mereka. Kalau lihat konsep lagu A Go Go dahulu memang ada gaya pemakaian sedemikian. Jadi, saya rasa mereka cuba gabungkan elemen itu dengan baju Melayu.
"Saya tidak nampak buruk walaupun dalam hati kata, kalau pakai baju Melayu biasa atau kurta lebih nampak menarik... Tapi tiada isu besar. Mungkin mereka mahu menari, kalau pakai baju Melayu sempurna buat 'gila-gila' pun orang kecam juga.
"Melainkan lagu ini adalah lagu kebudayaan Melayu yang perlu dijaga tatatertib daripada hujung rambut ke hujung kaki. Selagi bersifat komersial, tidak nampak buruk di mata saya," katanya.
Sumber: BH ONLINE