CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2345|Reply: 0

[Sabah] Sabah bakal tuan rumah ADEX Ocean Partnership Ogos depan

[Copy link]
Post time 1-4-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Joniston (tiga kiri) ketika pelancaran Sidang Kemuncak ‘ADEX Ocean Partnership’ tersebut.

KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah sidang kemuncak ‘ADEX Ocean Partnership’ pada Ogos depan dan ia akan menaikkan lagi nama negeri ini sebagai destinasi pelancongan terkenal di seluruh dunia.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, sidang itu dapat mempromosikan lagi inisiatif pemuliharaan marin dan pelancongan menyelam yang mampan di negeri ini.

Selain itu katanya, ia akan mengukuhkan reputasi Sabah sebagai destinasi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran di rantau ini.

Menurutnya, Sabah sudah menjadi lokasi popular bagi aktiviti menyelam dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) komited dalam memulihara ekosistem marin di negeri ini.

“Persidangan ini akan menyokong inisiatif berterusan kerajaan negeri bagi pemuliharaan lautan dan pembangunan mampan.

“Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melindungi alam sekitar marin termasuklah peraturan ketat mengenai aktiviti laut dan program pendidikan pemuliharaan marin,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata demikian ketika melancarkan sidang Asia Dive Expo (ADEX) yang berlangsung di Sand Expo and Convention Centre, Singapura bermula 31 Mac lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ADEX John Thet; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman Ikon Penyelam Malaysia Clement Lee dan Ketua Pasukan ADEX Sabah Theresa Tham.

Menurut Joniston, KePKAS mengalu-alukan komuniti lautan global, penceramah terkenal, penyelam profesional dan semua peserta untuk membina rangkaian sambil berkongsi idea mengenai penjagaan hidupan marin yang berkesan.

Joniston berkata, kerajaan negeri terus mempromosikan aktiviti pelancongan termasuklah selam skuba memandangkan Sabah mempunyai rangkaian pengendali penyelam profesional bertaraf dunia.

“Sabah berkeupayaan menganjurkan acara penting dan kita mahu menjadi tuan rumah ekspo menyelam memandangkan negeri ini sudah terkenal dalam kalangan penyelam seluruh dunia.  

“Sidang ADEX di Sabah nanti akan mempamerkan kekayaan biodiversiti marin, kepelbagaian budaya dan memberi peluang kepada pengunjung merasai masakan tempatan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, seramai 61,796 penyelam termasuk 6,411 dari luar negara datang ke Sabah pada tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM222.8 juta.

“Pada tahun 2019, Sabah mencatatkan seramai 130,604 penyelaman antarabangsa dan 7,145 domestik dengan jumlah pendapatan RM821 juta,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/04/01/sabah-bakal-tuan-rumah-adex-ocean-partnership-ogos-depan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.129993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list