CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11849|Reply: 27

[Tempatan] Ada ketidakadilan, Najib tak diwakili semasa rayuan - Rahman Sebli

[Copy link]
Post time 1-4-2023 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 1-4-2023 12:06 AM

Pandangan Hakim senior yang luas pengalamannya...





BERITA


Ada ketidakadilan, Najib tak diwakili semasa rayuan - Rahman Sebli

Diterbitkan:  Mar 31, 2023 4:16 PM
Dikemaskini: 5:18 PM

Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.
“Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian. Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu, iaitu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram.

“Pemohon (Najib) langsung tidak didengari. Pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil. Beliau  dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan. Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

“Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata hakim itu ketika membenarkan permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan 12 tahun penjara dan denda kerana menyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Dalam penghakiman bertentangan itu, Abdul Rahman berkata panel hakim sebelum ini sepatutnya membenarkan pemohon (Najib) berhujah kepada mereka terlebih dahulu sebelum pihak pendakwaan membuat penghujahan.

"Ini tidak berlaku, pihak pendakwaan dibenarkan berhujah selama dua hari,” kata hakim itu dan menambah bahawa sabitan terhadap tertuduh harus dibatalkan kerana tiada representasi undang-undang.
Abdul Rahman berpendapat penangguhan sepatutnya diberikan, bukan untuk menyekat kes, tetapi untuk membolehkan bekas perdana menteri mencari peguam baharu.

“Pemohon (Najib) mempunyai hak untuk mendapatkan peguam. Dalam kes ini, panel terdahulu telah menafikan hak pemohon untuk mendapatkan peguam.
“Panel sebelum ini berkata ia telah memberi masa empat bulan kepada peguam Najib untuk membuat persediaan. Ini tidak benar. Empat bulan itu adalah untuk Tetuan Shafee dan Co (peguam Najib sebelum ini). Bukan untuk peguam baharunya, Hisyam. Oleh itu, permohonan semakan untuk penangguhan itu mesti diberikan," kata hakim itu.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga syurga utk hakim rahman sebli
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:50 AM | Show all posts
anwar dulu berapa kali tangguh ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-4-2023 03:50 AM
anwar dulu berapa kali tangguh ye?

Sesungguhnyer teda akan tercapai satu titik keadilan terutama dari sudut the fairest of trial kecuali najib were to be acquitted of all charges?

Enough to cool you down?

Wallahhuaklam....

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingeramadhan at 1-4-2023 04:16 AM

Tidak diwakili semasa rayuan? Atau ini ler sebenarnyer taktik peguam jiboon dgn melepaskheun  tugasan pembelaannyer terhadap anak guamnyer disaat akhir utk menampakkheun keadaan sebegini dan kelamkabutnyer anak guamnyer mencari peguam gantian? Tanya anak jiran aku yg 3 tahun



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:06 AM
Semoga syurga utk hakim rahman sebli

4-1.....Dalam konteks scoreline bolasepak ..it's a thrashing.

Wallahhuaklam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 08:22 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:06 AM
Semoga syurga utk hakim rahman sebli

yang lagi 4 orang tu masuk neraka ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-4-2023 08:22 AM
yang lagi 4 orang tu masuk neraka ka?

Sudah geharu cendana pula.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd pemahaman iols, mmg mahkamah dah bagi byk peluang tp najib dok tukar lawyer, jd setiap kali tukar perlukah mahkamah layan game dia prolong the case dgn bagi masa kat lawyer baru overtake kes dia nak study apalah.  Dia permainkan mahkamah, and mahkamah says its enough already.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:55 AM | Show all posts
takpe la, dia pun tengah sibuk sambung study dalam penjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:55 AM | Show all posts
nasibla jib...sapa suruh tukar peguam bnyk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 1-4-2023 12:36 PM
Decaffeinated replied at 1-4-2023 08:22 AM
yang lagi 4 orang tu masuk neraka ka?


Iols cuma doakan hakim rahman sebli. X de kaitan ngan 4 hakim lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dpt merayu berkali-kali pun x adil lagi ka? Rayu.. ulang… tukar peguam.. ulang..

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:56 PM | Show all posts
si jibun ni kalo mintak pengampunan pun at  least  lagi 3 thn.masa tu ydpa insya Allah sultan johor.apakah sentimen sultan johor terhadap jibun?kalo dapat kat  sultan perak payah la ko jibun.itubelum  lagi verdict kes2 lain.mati dlm penjara mcm suharto jelaaa kau
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:19 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:07 PM
Iols cuma doakan hakim rahman sebli. X de kaitan ngan 4 hakim lain tu

Kenapa tak doakan untuk semua?


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:34 PM | Show all posts
hakim ni dibayar banduan najib kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah Shafee. Technically ko yg sumbat Najib masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:46 PM | Show all posts
kucingitam replied at 1-4-2023 11:55 AM
nasibla jib...sapa suruh tukar peguam bnyk kali..

bukan baru sekali tu ke dia tukar lawyer?
selama ni dia pakai muhammad shafee abdullah tu je kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 1-4-2023 11:55 AM
nasibla jib...sapa suruh tukar peguam bnyk kali..

Banyak kali ke dia tukar...
Rasanya dengan Shafiee aje peguamnya...
Lepas tu dgn hisyam teh..


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik2 kantin boleh la hang nak kelentong @rashiman oiii..

13 judges have found Najib guilty or affirmed a prior decision.

1 High Court
3 Court of Appeal
5 Federal Court
4 Federal Court (Review)

Final Score: 13-1

Sithambaram and the late Gopal Sri Ram knew what they were doing. Forget the billions, SRC 42M was 100% clear cut.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.096224 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list