CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 3

Jho Low Terkait Kes Babitkan Rapper Kumpulan Hip Hop AS

[Copy link]
Post time 31-3-2023 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat (AS) mendakwa ahli kumpulan hip hop 1990-an, Fugees semalam, menerima puluhan juta dolar AS untuk melobi kerajaan AS, bagi pihak pembiaya Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low dan Kerajaan China.


Penyanyi rap yang juga pemenang Anugerah Grammy, Prakazrel 'Pras' Michel dituduh menyalurkan wang daripada seorang pembiaya Malaysia yang juga ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk kempen pemilihan semula Barack Obama 2012.


Lima tahun kemudian, pendakwa raya berkata, dia cuba memadamkan penyiasatan terhadap pembiaya itu dan memujuk pentadbiran Presiden Donald Trump ketika itu untuk 'kembali' ke China.




AP




Pendakwa raya Nicole Rae Lockhart berkata, Jho Low menyalurkan lebih AS$20 juta (kira-kira RM4.41 juta) kepada Michel untuk membiayai Obama semasa kempen itu dengan menyembunyikan asal usul ahli perniagaan itu.


Katanya, Michel menggunakan orang tengah kononnya sebagai penderma asal sebelum 'cuba memegang' individu itu bagi menghalang siasatan.


"Defendan mahukan wang dan sanggup melanggar mana-mana undang-undang untuk mendapatkan upah," katanya.


Jabatan Kehakiman berkata, Michel bersekongkol dengan Jho Low yang didakwa mendalangi skim pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan dana 1MDB.


Wang yang dirompak dibayar untuk barang kemas dan seni mewah serta membiayai filem Hollywood seperti The Wolf of Wall Street.


Jho Low terkenal dengan hubungan perniagaan dan sosialnya dengan selebriti seperti Kim Kardashian dan Leonardo DiCaprio yang kemungkinan menjadi saksi dalam kes itu.


Pada 2017, pendakwa raya berkata, penyanyi rap itu bersubahat dengan fixer Republikan untuk mencuba dan menutup penyiasatan AS ke atas Jho Low dan penyelewengan dana Malaysia.


Dia juga dituduh mendesak pentadbiran Trump menghantar seorang warga China yang melarikan diri ke AS kembali ke China.


Tahun lalu, Jabatan Kehakiman mengumumkan pertuduhan terhadap Jho Low dan dua bekas pegawai bank Goldman Sachs dalam pengubahan wang haram dan rasuah dengan mencuri wang daripada dana itu.


Salah seorang pegawai bank, Roger Ng, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bulan ini kerana peranannya dalam skandal itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 08:41 PM | Show all posts
hebak jolow ni. patut hollywood filemkan kisah heols
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu dunia kena tipu scammer jho low nih

Tapi ada yang fitnah najiblah mastermind

Padahal najib juga salah seorang mangsa

Ujung2 najib sendirian di penjara
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
thanks to najib. jho low boleh ambik semua duit malaysia. jho low bukannya PM or menteri kewangan. helokla.. dua2 ni dimasukkan penjara sama2 n elok sebat ja pengkhianat negara ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039978 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list