CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3708|Reply: 4

Lelaki Dihalau Dari Pesawat Sebab Enggan Duduk Sebelah Penumpang Gemuk

[Copy link]
Post time 31-3-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mendedahkan pengalaman dia diarahkan turun dari sebuah pesawat selepas membuat aduan mengenai perasaan tidak selesa untuk duduk di sebelah penumpang berbadan gemuk, lapor laman berita Fox News.


Berdasarkan hantaran yang tular di laman perbincangan Reddit, lelaki yang tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan itu berkata, ketika kejadian, dia mahu menaiki penerbangan pulang ke negaranya.




Gambar hiasan




“Saya melihat seorang lelaki gemuk  duduk di kerusinya dengan sebahagian kerusi saya turut diduduki oleh individu itu.


“Saya sendiri bukan lelaki bersaiz kecil. Saya memiliki bahu yang lebar  dan tinggi 190 sentimeter. Jadi, saya akan berasa tidak selesa,” ujarnya dalam hantaran tersebut.


Tambahnya, dia terus mengadu kepada kru kabin mengenai isu tersebut, namun diberitahu bahawa individu terbabit turut menempah tempat duduknya untuk digunakan.


“Saya bertanya kepada mereka bagaimana situasi itu boleh berlaku sedangkan tempat duduk tersebut telah dibeli oleh saya. Saya menyatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut mempunyai kualiti perkhidmatan yang tidak terlalu teruk beberapa tahun lalu (tidak seperti sekarang),” tulisnya.


Kata-kata itu membuatkan dia digelar biadab oleh kru kabin sebelum diarah turun dari pesawat dan dia diberitahu akan menerima pampasan.


“Lelaki gemuk itu  menggelar saya ‘fobia terhadap  orang gemuk’, manakala beberapa penumpang lain memerhatikan saya dengan pandangan skeptikal,” ujarnya.


Hantaran itu menerima pelbagai komen pengguna Reddit dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.


“Dia menghina lelaki gemuk itu. Adakah dia ada cuba bercakap dengan penumpang tersebut supaya mengalihkan sedikit kedudukannya sebelum pergi mengadu kepada kru kabin? Cuba belajar untuk berdiplomasi,” kata seorang pengguna media sosial.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BartholomewKuma at 31-3-2023 02:28 PM

Gemuk obes menyusahkan orang. Aku palin tak suka nak berurusan dngn org gemuk baq hang. Segala benda segala bucu depa ni menyusahkan hidup hangpa. Pi mampuih lah hangpa nak kata aku body shaming kaaa apa kaaa. Jenih gemuk suka melantak makan kedarah serupa tak dak hari esok nak simpan.  Bila duduk di kerusi badan dia saja hat penuh. Belum kira dalam lif lagi. Belum kira majoriti gemuk ni pelamaih nak mampuih
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:40 PM | Show all posts
Tak seharusnya dia dihalau ada lojik pemintaannya tu.  Hanya mereka yang pernah lalui situasi sama je yang tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:42 PM | Show all posts
Manusia kalau gemok serba serbi problem dan di pandang rendah, lainlah kucing lg gemok lg syok nk gomol2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang gemuk kalau berdengkur 1 pesawat boleh dengar. Apatah lagi duduk sebelah. Aku pernah ada pengalaman ni. Perjalanan 8 jam untuk sampai destinasi. Kebanyakan masa memang dengar orang tu berdengkur. Badan agak gemuk dan rupa²nya memang dah pakai injap. Kuat gila oi dengkur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042713 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list