CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7613|Reply: 1

Patutlah Tengok Suami Sendiri Tak Ada Nafsu, Rupanya Hormon Ghairah Wanita Ada Masalah!

[Copy link]
Post time 31-3-2023 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Patutlah Tengok Suami Sendiri Tak Ada Nafsu, Rupanya Hormon Ghairah Wanita Ada Masalah!



Mempunyai hubungan seksual yang berkualiti bersama pasangan merupakan asas kepada keharmonian rumah tangga. Mana tidaknya, ada pasangan yang bercerai-berai kerana tidak mempunyai hubungan seksual yang memuaskan tau! Kadang-kadang, wanita itu sendiri juga tidak tahu bahawa mereka sedang mengalami masalah untuk menaikkan hormon ghairah wanita apabila ingin berhubungan dengan pasangan. Potong stim lah bila suami dah mula bermanja-manja tu!

Jadi, apa yang anda kena lakukan? Berikut merupakan beberapa cara untuk wanita menaikkan hormon ghairah atau libido sebelum atau semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Barulah hubungan seksual ini lebih memuaskan dan memberi potensi lebih tinggi untuk hamil zuriat sendiri kan?

CARA NAIKKAN HORMON GHAIRAH WANITA, HUBUNGAN SEKSUAL LEBIH PUAS!


Menurut Kate Taylor, yang merupakan penulis buku Domestic Sex Goddess,nasfu keghairahan wanita akan mula menurun apabila mereka mula mencapai pertengahan umur. Pada waktu inilah, tahap hormon estrogen dan progesteron wanita akan mengalami turun naik.

Tidak hanya dapat ransgangan dari pasangan, wanita juga boleh melakukan beberapa cara ini dan mengekalkan tahap kesihatan supaya hormon keghairahan sentiasa memuncak!

1. Bersenam

Sudah semestinya bagi menjalani kehidupan yang sihat, senaman secara berkala perlu dilakukan bagi mendapatkan tubuh yang cergas. Bukan itu sahaja, menurut pakar dalam Healthline, wanita yang sering bersenam juga dapat membantu menaikkan ghairah dan mempunyai hubungan seksual lebih memuaskan. Salah satu jenis senaman yang disarankan adalah senaman kegel untuk kuatkan faraj.

Senam Kegel merupakan latihan khusus untuk memperkuat otot-otot di bahagian organ intim wanita. Senaman Kegel dapat membuatkan peredaran darah di sekitar pinggul menjadi lebih baik, sehingga membantu menghasilkan cecair yang diperlukan supaya mudah hubungan seksual.

2. Menerapkan pola pemakanan yang sihat

Rupa-rupanya ada beberapa jenis makanan yang mampu membantuk menaikkan ghairah seksual para wanita. Hal ini kerana, makanan sihat yang diambil boleh menjadikan hati dan tenaga lebih cenderung untuk berasa ghairah. Seperti biasa, selain memperbanyakkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, ada beberapa jenis makanan yang boleh menaikkan keghairahan wanita atau libido secara maksima!

-Gingko : Gingko biloba boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan teh.

-Chocolate: Popular dalam kalangan wanita dan dikatakan boleh menaikkan nafsu keghairahan.

-Ginseng : Memang popular dalam rawatan herba, ginseng dapat merancakkan lagi keghairahan wanita.

-Epal : Percaya atau tak, epal sebenarnya dapat membantu menambah keghairahan wanita tau! Ada kajian mengatakan sebiji epal sehari membantu untuk wanita dapatkan hubungan seks yang berkualiti.

3. Jangan terlampau stres

Pelik juga bila tengok suami tak rasa ghairah bukan? Hal ini kerana anda sebenarnya terlampau stres dengan kerja atau apa-apa sahaja hal dalam kehidupan seharian. Apa kata mulakan dengan bermeditasi atau melakukan aktiviti ‘me-time’, bukan itu sahaja, keluarlah bersosial bersama teman-teman dan selitkan sedikit topik mengenai seksual dalam perbincangan anda.



4.Tidur dengan cukup

Paling perlu dijaga adalah waktu tidur yang tetap setiap hari. Kalau waktu anda berjaga tetapi suami tidur dan sebaliknya, macam mana nak timbulnya rasa ghairah dan alami perhubungan seksual yang berkualiti bukan? Jika anda ada alami masalah insomnia, segera dapatkan rawatan dan kembali sihat dalam menaikkan rasa libido sebelum melakukan hubungan intim.

5.Pelincir

Penurunan hormon estrogen sebenarnya membuat bahagian faraj wanita kekeringan dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Oleh itu, apa kata anda cuba mengusap bahagian kelentit (clitoris) atau bahagian sensitif yang lain untuk merangsang penghasilan cecair faraj supaya dapat membasahkan dinding faraj, yang membantu melincirkan geseran ketika seks.

Bila dah ada rasa menyeronokkan dan puas semasa melakukan hubungan barulah kita sedar bahawa rasa ghairah itu ada.

Sumber: Healthline, Alodokter
https://siraplimau.com/hormon-ghairah-wanita/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain drp cara2 tu... ada tak cara lain yg mudah nk kembalikan nafsu ghairah perempuan para isteri yg hilang ghairah seks?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.095376 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list