CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8667|Reply: 0

[Sarawak] Penyertaan dibuka bagi Larian Hospital Miri pada 21 Mei

[Copy link]
Post time 31-3-2023 06:01 AM | Show all posts |Read mode



Masyarakat setempat dipelawa bagi bersama menjayakan Miri Hospital Run Ke-4 pada 21 Mei depan.
MIRI: Warga Miri adalah dipelawa bagi bersama menjayakan program Larian Hospital Miri Ke-4 yang akan berlangsung pada 21 Mei depan.

Program larian berkenaan diadakan di Marina Parkcity Miri dibuka kepada dua kategori iaitu 2km 'Fun Run' dan 10km terbuka untuk lelaki dan wanita.

Pendaftaran awal masih dibuka kepada yang berminat sehingga 5 April ini.

Bagi bayaran untuk pendaftaran awal, kategori 4km dikenakan bayaran RM55, manakala untuk kategori 10km adalah RM60 seorang.

Selepas tarikh pendaftaran awal tamat, harga penyertaan akan kembali kepada asal iaitu kategori 4km RM60 dan kategori 10km RM70.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 April.

Pendaftaran boleh dibuat secara talian menerusi aplikasi JOMRUN iaitu www.jomrun.com/event/mhr2023.

Manakala pendaftaran secara 'walk-in' boleh dibuat melalui kaunter Share Tea Boulevard, Bulatan Park Canteen atau pejabat pentadbiran Hospital Miri.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list