CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8256|Reply: 0

[Sabah] JIM Sabah hantar pulang 542 PTI ke negara asal

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:49 AM | Show all posts |Read mode


USIR: Semua PTI terbabit dihantar pulang menggunakan jalan laut dari Pelabuhan Sandakan.
SANDAKAN: Seramai 542 pendatang tanpa izin (PTI) dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PTI siri 8 yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, di sini, pada Rabu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PTI terbabit dihantar pulang menggunakan jalan laut dari Pelabuhan Sandakan.

“Pecahan tahanan yang dihantar pulang terdiri daripada 422 lelaki, 92 wanita dan 28 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

“Semua PTI yang dihantar kali ini adalah tahanan warganegara Filipina yang ditempatkan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, PTI yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh Sabah adalah mereka yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sharifah berkata, hukuman yang dikenakan ke atas semua PTI berkenaan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga tindakan terakhir iaitu pemindahan keluar dari negara.

“Justeru, semua warga asing diingatkan supaya memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,”katanya.

Katanya, operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Tahanan Imigresen di Sabah.

“JIM Sabah terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI setelah mereka melalui semua proses perundangan negara dan mendapat pengesahan kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list