CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8281|Reply: 0

[Sabah] Reman 10 individu termasuk penjawat awam tidak dilanjutkan

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:45 AM | Show all posts |Read mode


REMAN: Antara penjawat awam yang direman sebelum ini hadir di Mahkamah hari ini.

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini tidak melanjutkan reman sepuluh individu termasuk enam penjawat awam yang disiasat berhubung sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PTI) ke Semenanjung Malaysia.

Majistret Dzul Elmy Yunus mengeluarkan perintah itu selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah ini.

Difahamkan Bahagian Siasatan SPRM sudah melengkapkan siasatan dan pelepasan semua suspek dibuat mengikut Seksyen 49(2) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Jumaat lalu, lima penjawat awam dan empat orang awam direman enam hari bermula 25 Mac lalu kerana disyaki ejen penyeludupan PTI melalui Lapangan Terbang Tawau.  

Semua penjawat awam berumur 30 hingga 41 tahun itu terdiri tiga wanita dan dua lelaki masing-masing bertugas di daerah ini.

Mereka disyaki menerima wang suapan sehingga RM3,000 sebagai dorongan untuk melepaskan PTI yang menggunakan Mykad orang lain dan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Seorang lagi penjawat awam berumur 30 tahun direman enam hari bermula semalam hingga 3 April ini kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan PTI yang sedang disiasat SPRM.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.059615 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list