View: 14233|Reply: 11
|
[Dunia]
PM tiba di Beijing
[Copy link]
|
|
BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini sebentar tadi bagi meneruskan lawatan rasmi perdagangan dan perniagaan serta pengukuhan hubungan dua hala di antara Malaysia dan China.
Pesawat membawa pemimpin negara itu mendarat di Beijing Capital International Airport jam 4.28 petang.
Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong; Duta Besar China di Malaysia, Qu Yang serta Timbalan Ketua Kedutaan Besar Malaysia di China, Sanmugan Subramaniam.
Bersama dalam delegasi Anwar ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis iftar bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di China petang ini, program pertama beliau di sini, bertempat di bangunan kedutaan negara di Beijing.
Selain berbuka puasa dan solat tarawih bersama, beliau juga dijangka mengambil kesempatan kunjungannya ke China kali ini untuk beramah mesra dengan rakyat di perantauan, berkongsi matlamat lawatannya dan gagasan Malaysia MADANI digerakkan Kerajaan Perpaduan.
Semalam, Anwar tiba di Boao, Hainan menghadiri Forum Tahunan Boao Untuk Asia (BFA) dan menyampaikan ucapan pembukaan plenari pada forum berkenaan pagi tadi, selain mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong.
"Saya dan Hsien Loong sudah membincangkan beberapa perkara melibatkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Singapura. Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. Insya- Allah," katanya dalam catatan di Facebook.
Esok, jadual padat Anwar bermula dengan kunjungan ke Tsinghua Universiti, salah satu universiti tersohor di China dan beliau turut dijadual menyampaikan syarahan umum.
Petangnya, beliau dijadual menemui Presiden China, Xi Jinping di Great Hall dengan antara isi pertemuan bagi menyampaikan hasrat lawatan delegasi Malaysia serta berkongsi visi bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terbentuk antara Malaysia dan China sejak 49 tahun lalu. Berita Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ehemmm...so peliwat iteww dapat rub shoulder tak dgn xi jinping ..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berenti2 dia berjalan2 merata dunia
Lepas geram ke
 |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 tahan lah berpuasa ye.
Ada setengah orang bila bulan puasa je pergi overseas |
|
|
|
|
|
|
|
Bizi betul....larat ke tu? Umur dah 75 tahun.
So kalau tak dapat jumpa Xi Jinping walaun nak melompat2 mcm aritu ke? XJ tu ally dgn Saudi Arabia jugak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat jumpa balik tak China doll tu? Kalau jumpa boleh tanya ada terambik jam rolex tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha komen semua aduhhhh nasib la jd PTN (peliwat tersohor negara) |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 30-3-2023 10:10 PM
Dapat jumpa balik tak China doll tu? Kalau jumpa boleh tanya ada terambik jam rolex tak?
Paling win… |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti hui ying yg tk prepare jwpan dlm parlimen sbb sebok main mahjong ada ajar sikit bahasa mandarin kat bangnon…cthnya bila nak tnya khabar…ni hao
maa utk wanita dan ni hao paa utk lelaki… |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jumpa xi jinping tak? Cikai sungguh kalau setakat jumpa pangkat cacai2 jah
Hauk |
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile in Kajang… |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni setan yang tak pernah tenang kan? Sampai sembang mcm x de bermaruah kan ko kimarkruk!
Kahkahkahkah
[twitter]https://twitter.com/SpokespersonCHN/status/1641819047837958144?s=20[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/SpokespersonCHN/status/1641818992393478145?s=20[/twitter]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|