CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2567|Reply: 3

Peniaga Ikan Beracun Boleh Dipenjara 5 Tahun

[Copy link]
Post time 30-3-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Perikanan (DOF) memberi amaran kepada perniaga supaya waspada dengan makanan dijual kerana mereka boleh didakwa jika menjual makanan beracun atau memudaratkan kesihatan pengguna.


Berdasarkan Akta Makanan 1983, mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda.


Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain, berkata pengguna yang membeli ikan dalam talian terutama dalam bentuk filet, perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.




Gambar hiasan - NSTP




Orang ramai dinasihat mengelak memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya, kerana hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.


Selain itu, pengguna harus memastikan orang yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan adalah berpengalaman dan berpengetahuan terhadap ikan ini.


"Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, dan ovarium.


"Bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak. Ini kerana tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi," katanya.


Jika mana-mana individu mengalami gejala keracunan dalam tempoh 30 minit hingga dua jam setelah memakan ikan buntal seperti mual, muntah, atau lemah otot perlu segera mendapatkan rawatan dari pusat perubatan.


"Racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan," katanya.


Dalam kenyataan sama, DOF menjelaskan terdapat beberapa jenis ikan buntal atau puffer fish (Lagocephalus sp) yang mengandungi toksin saraf (neurotoksin).


Menurut statistik Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada tahun 2020 adalah sekitar 1337 tan, dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).


Ikan buntal yang biasa ditangkap adalah dari spesies Lagocephalus iaitu ikan buntal pisang. Di antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris) di mana ketiga-tiga spesies ini secara luaran nampak sama.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Non muslim ke senior citizen yang maut tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:01 PM | Show all posts
tahanie replied at 30-3-2023 06:15 PM
Non muslim ke senior citizen yang maut tu?

iyer cina kaka... katanya somi dia beli ikan tu dan dia pun masak la ikan tu...  dia pun tak tahu ikan tu beracun...
gigih la main beli je ikan nak makan pelbagai benda yang tak di ketahui...
tapi theyols ni apa je yang theyols tak makan...
kerusi dengan meja je la kot yang tak di cekiknya...
tu pun kalau boleh rebus empuk2 sampai lembut theyols telan jugak tu....
sebab iols ada tengok douyin... ada laki cina tu makan TV lah, makan batu lah etc... dok kunyah2 ASMR
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 30-3-2023 08:01 PM
iyer cina kaka... katanya somi dia beli ikan tu dan dia pun masak la ikan tu...  dia pun tak tahu  ...

Baru me nak tanya kat mana yang jual ikan ni for precaution. Rupanya bukan makanan kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.500278 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list