CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4193|Reply: 10

Pemuda Kuku Panjang Tewas Di Tangan Ibu

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda hanya mampu tersenyum tatkala ibunya memotong kukunya yang panjang di jari kelingking.


Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.


Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.








Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.


"Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.


"Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.


"Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam," katanya kepada mStar.


Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.


"Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.


"Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu," ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.


Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.


Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.







"Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.


"Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai," ujarnya secara berseloroh.


Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.


"Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.


"ernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak 'tak lulus'. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula," katanya.


Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.


"Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya... saya layankan saja demi kebaikan," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish2...netijen terharu dengan cerita gini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ni boleh jadi berita? teruk dah netizen
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 01:00 PM | Show all posts
geli lah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 01:07 PM | Show all posts
wow..isu semasa sangattt.i loikeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 01:16 PM | Show all posts
geli la deh camna ko cebok makan
mesti byk isi kuku tu kena cuci hari2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau orang nampak dah betapa sampahnya level pemikiran kita manusia zaman sekarang sis? Benda macam ni pun masuk paper sis. Akak syak geng roman empire kalau hidup balik, berguling-guling theols gelakkan kita dek.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
motipppp simpan kuku???
nak masuk world record?
senang nak gali bijih timah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 02:53 PM | Show all posts


orang jaman dulu simpan kuku hujung tu untuk mudah timbang kokain dik
isap dadah on the go kekdahnya. ngape la ikut

tapi dari segi lain, Phua Chu Kang juga simpang panjang
sedap korek telinga katanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 03:09 PM | Show all posts
kuku panjang nak sentil bijik sape dikkkkk....... yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 03:54 PM | Show all posts
jijikkkss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.632759 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list