CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2991|Reply: 1

13 Tahun Lelaki Simpan Mayat Ibu Dalam Rumah Lepas Korek Dari Kubur, Selamba Diletakkan Bersandar Atas Sofa

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode
WARSAW: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selepas didapati menggali kubur ibunya dan menyimpan mayat wanita itu bersamanya selama beberapa tahun, dengan meletakkannya di atas sofa di rumahnya.


Lapor Mirror, polis menemukan mayat wanita diawet itu di sebuah rumah terletak di Radlin, Poland milik lelaki dikenali sebagai Marian L yang berusia 76 tahun.      


Jurucakap polis, Małgorzata Koniarska berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat daripada abang ipar tiri Marian yang bimbang mengenai kesihatannya.




Gambar Hiasan




Jelas beliau, ketika melakukan pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan mayat ibu Marian di ruang tamu dalam keadaan bersandar di sofa di atas timbunan surat khabar yang bertarikh tahun 2009.


Sementara itu, pendakwa raya memaklumkan mayat wanita itu mungkin dikebumikan lebih 13 tahun lalu.


Joanna Smorczewska dari Pejabat Pendakwa Daerah berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas mayat wanita itu disahkan identiti sebagai ibu Marian bernama Jadwiga L. yang meninggal dunia pada Januari 2010.   


“Dilaporkan kubur Jadwiga L., tempat wanita itu dikebumikan pada 16 Januari 2010, kekal kosong,” katanya.


“Lelaki itu dipercayai menggali kubur ibunya sejurus selepas dikebumikan dan kemudian mengawetkan sebelum menyimpan mayat wanita itu di rumahnya sejak tahun 2010,” katanya.


Marian L dipercayai menggali sendiri kubur ibunya dan membawa mayat wanita itu ke rumahnya kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan, sebelum menggunakan bahan kimia untuk menjalankan proses mengawet.


Meskipun dikebumikan lebih 13 tahun lalu, menurut pegawai, mayat wanita itu masih berada dalam keadaan sempurna. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:06 PM | Show all posts
gambar xde ke..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035179 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list