CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3863|Reply: 1

[Sarawak] Penceramah tiada tauliah dilarang sampaikan ceramah agama di Sarawak

  [Copy link]
Post time 30-3-2023 07:36 AM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman ketika ditemui media pada majlis tersebut. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sarawak melarang mana-mana pihak yang tiada tauliah atau tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau di negeri ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, langkah itu diambil bagi menghindari sebarang pengaruh yang boleh menjadi punca perpecahan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Justeru katanya, pihak pengurusan masjid dan surau diingatkan supaya memastikan setiap penceramah yang dijemput untuk melaksanakan aktiviti keagamaan mempunyai tauliah daripada JAIS.

“Adalah penting untuk kita memastikan semua penceramah mempunyai latar belakang yang lengkap dalam bidang Islam untuk menyampaikan maklumat kepada umat Islam di Sarawak.

“Sekiranya penceramah belum mendapatkan tauliah, pastikan anda hubungi JAIS supaya tiada penceramah yang datang dengan latar belakang tertentu dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2023 di Dewan Kompleks Islam di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman berkata, ketetapan itu merupakan satu keputusan penting yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menerusi mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

“Yang mana setiap penceramah kita, perlu mendapat tauliah daripada JAIS,” tegasnya.

Beliau mengakui sebelum ini, memang ada beberapa penceramah yang tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah di negeri ini.

“Ini kerana mereka tidak ada latar belakang yang lengkap dalam bidang agama, malah tidak mendapat tauliah di Semenanjung Malaysia.

“Jadi, apabila negeri lain termasuk pihak berkuasa agama di peringkat persekutuan tidak mengeluarkan tauliah, maka Sarawak pun mengambil tindakan yang sama,” jelasnya.

Namun demikian katanya, perkara itu hanya berlaku beberapa tahun lalu dan sekarang ia sudah kurang kerana mereka tahu tidak akan mendapat tauliah untuk menyampaikan ceramah di masjid dan surau di negeri ini.

“Hanya mereka yang diberi tauliah oleh Pengarah JAIS (Khalidi Ibrahim) dari semasa ke semasa sahaja boleh menyampaikan ceramah.

“Sekiranya penceramah masih datang menyampaikan ceramah mereka, mereka harus menghubungi pihak JAIS secara peribadi,” jelasnya.



https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/29/penceramah-tiada-tauliah-dilarang-sampaikan-ceramah-agama-di-sarawak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:31 AM | Show all posts
Nak ceramah? ambil sahaja tauliah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060956 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list