CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3846|Reply: 1

[Sarawak] Pengurus, syarikat kilang papan masing-masing didenda RM25,000, bayaran RM44,450 kepada Kerajaan Sarawak

  [Copy link]
Post time 30-3-2023 07:34 AM | Show all posts |Read mode


Gambar menunjukkan sebahagian longgokan kayu balak yang telah disita oleh pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak pada hari kejadian, 6 Mei 2019.

KUCHING: Seorang pengurus kilang papan dan sebuah syarikat kilang papan yang diwakili pengarah syarikat masing-masing didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu pada Rabu.

Mereka juga perlu membuat bayaran sebanyak RM44,450 kepada Kerajaan Sarawak menurut Seksyen 96 (3) Ordinan Hutan 2015 (Bab 71).

Menurut fakta kes, kedua-dua pihak berasal dari Sibu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 96 (1) Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) kerana memiliki hasil hutan secara tidak sah dan dibaca bersama Seksyen 79 (2), 96 (3), 98 dan 99 Ordinan yang sama.

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku pada 6 Mei 2019.

Pegawai UKPS dengan kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan kegiatan pemunggahan 458 batang kayu balak haram.

Penahanan itu dibuat di sebuah kilang iaitu Syarikat Kilang Papan Tanjong Engkilo (1980) Sdn Bhd berdekatan Jalan Sungai Maaw, Sibu sekitar jam 8.45 pagi.

Hakim Marutin Pagan juga memerintahkan agar dua mesin penyodok dan jentera angkat susun (forklift) sebagai bahan bukti dilucut hak dan diserahkan untuk dilupuskan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Pengarah UKPS Datu Dr Chai Khin Chung menegaskan bahawa kesalahan ini adalah suatu kesalahan serius yang melibatkan pemilikan dan pembalakan secara tidak sah dan tindakan tegas harus diambil.

Beliau juga berterima kasih atas kerjasama JHS, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan PDRM dalam usaha pembanterasan kegiatan pembalakan haram di Sarawak.

Kedua-dua pengurus kilang dan pengarah syarikat kilang papan tersebut diwakili oleh Peguam Bela Ben Lau, Danny Huang dan Victor Lauz.

Manakala pendakwaan daripada UKPS dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin dan Pegawai Pendakwaan Christie Sereni Philimon dari Kamar Peguam Besar Negeri Sarawak dan prosiding turut dihadiri beberapa pegawai yang berkaitan.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/29/pengurus-syarikat-kilang-papan-masing-masing-didenda-rm25000-bayaran-rm44450-kepada

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:30 AM | Show all posts
Semoga perkara ini tidak lagi berulang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.475182 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list