CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3863|Reply: 9

Zuraida Sukarela Tandatangan Bon RM10 Juta Penuhi Syarat Perjanjian PRU14 – Saifuddin

[Copy link]
Post time 29-3-2023 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin menandatangani bon dengan PKR secara sukarela sebagai memenuhi syarat perjanjian sebagai calon parti sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas Naib Presiden parti itu bukan sahaja mempunyai pengetahuan penuh berhubung syarat tersebut malah tidak pernah mengemukakan sebarang bantahan terhadap perkara itu.


Menurut beliau, Zuraida mengetahui keperluan bahawa setiap ahli parti yang memenangi PRU perlu menandatangani bon yang mengikat mereka agar membayar RM10 juta sekiranya meletak jawatan, bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.




FB




Ujar Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bon itu adalah kontrak sah kerana wujud ‘tawaran’ daripada PKR dan ‘penerimaan’ oleh Zuraida.


Beliau menyatakan demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam perbicaraan saman PKR terhadap Zuraida bagi menuntut RM10 juta atas dakwaan melanggar kontrak bon apabila menyertai Bersatu susulan Langkah Sheraton pada akhir Februari 2020.


Ketika membacakan pernyataan saksi, Saifuddin berkata, beliau tidak menerima sebarang surat daripada Zuraida selepas bekas Naib Presiden PKR itu meninggalkan parti atau mendakwa bon ditandatangani di bawah tekanan.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Zuraida juga merupakan ahli Biro Politik parti, kemudian menghadiri mesyuarat biro di ibu pejabat PKR pada 17 April 2018 untuk membincangkan persediaan berdepan PRU.


“Antara perkara dibangkitkan adalah manual untuk calon disediakan oleh setiausaha agung parti, yang mana diperincikan bahawa calon mesti menandatangani bon sebelum surat watikah calon dikeluarkan untuk bertanding pada pilihan raya,” katanya.


Saifuddin berkata, Zuraida bukan sahaja tidak membangkitkan apa jua bantahan dalam mesyuarat biro itu sebaliknya bersetuju keperluan syarat seumpama itu untuk ‘mengawal tingkah laku (calon)’.


Katanya, nilai RM10 juta itu dikenakan bagi menjaga imej parti yang ditubuhkan pada 1998.


Beliau berkata, PKR secara konsisten meraih sokongan ramai sejak PRU10 pada 1999 apabila parti dan rakan gabungan membentuk kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak selepas PRU12, pada 2008.


Saifuddin tidak bersetuju dengan pihak defendan bahawa kontrak itu melanggar hak Zuraida untuk berpersatuan bawah Perlembagaan Persekutuan.


“Sejak beliau menyertai Bersatu (selepas meninggalkan PKR), Zuraida bertanggungjawab untuk membayar nilai bon itu kepada parti,” katanya.


Saifuddin berkata, pembelotan wakil rakyat dipilih seperti Zuraida yang menyeberang ke Bersatu untuk membentuk gabungan baharu dan Kerajaan Persekutuan pada 2020, merupakan ancaman kepada demokrasi berparlimen.


Ujar beliau, berikutan pembelotan itu, parti kehilangan kelebihan mempunyai seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan seorang menteri Kabinet walhal Zuraida terus menikmati faedah sebagai Ahli Parlimen dan menteri di bawah parti Bersatu.


“Justeru adalah tidak adil untuk defendan kekal menikmati faedah berkenaan yang tidak akan dikecapinya jika bukan dengan perkhidmatan dan nama baik daripada PKR,” katanya.


Dalam penyataan tuntutan, PKR berkata, Zuraida menandatangani bon pada 25 April 2018, mengikatnya untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti termaktub dalam terma dan syarat.


PKR berkata, Zuraida dikehendaki membayar dalam tempoh tujuh hari jika keluar parti, menyertai mana-mana parti politik atau menjadi Ahli Parlimen bebas.


PKR mendakwa, pada 24 Februari 2020 Zuraida mengumumkan keluar parti tanpa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Ampang dan selanjutnya membantu pembentukan gabungan politik baharu dikenali Perikatan Nasional.


Dalam prosiding hari ini, peguam Navpreet Singh mewakili PKR dan Saifuddin manakala Nizamuddin Hamid mewakili Zuraida.


Perbicaraan di hadapan Hakim Akhtar Tahir bersambung esok.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak Lampir pengkhianat ni elok di humban dlm tong jamban jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
apa2 je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:13 AM | Show all posts
wow rm10 juta?? yakin ke lps menang senang2 boleh kaut income smpai rm10 juta?? SPRM patut siasat ni ahli2 politik buat perjanjian sehingga mcm tu sekali..rakyat kat luar byk lagi kurang kemampuan, mohon bantuan sana sini tp geng2 ahli politik belum apa2 lg dh sembang pasal duit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:13 AM | Show all posts
utk elak lompat parti ... elok la gini..kalau boleh up lagi bon tu..20juta
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:27 AM | Show all posts
adizero11 replied at 30-3-2023 08:13 AM
wow rm10 juta?? yakin ke lps menang senang2 boleh kaut income smpai rm10 juta?? SPRM patut siasat ni ...

zuraida kena bayar 10 juta sekiranya melompat selepas dilantik jadi calon pkr pada pru14.  


dari mana zuraida dapatkan duit bukan isu, zuraida sepatutnya jangan keluar jika tak nak bayar 10 juta... kita tunggu sajalah siapa menang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lg masa dia ikut azmin and the gang dngn rasa angkuh dn sombong, penuh yakin dngn status otai diaorang. Lalu meninggalkan pkr.. Aku yakin dia pasti menyesal ikut azmin, kalau dia pikir sekejap dn kekal setia tak ikut perasaan masa tu skrg mgkin dh jd menteri.
Aku heran tak perlu pn dia nk ikut telunjuk azmin masa tu, sdangkn masa tu dia takda isu dngn pkr. Nk bela azmin sngt, skrg ambik kau.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:51 PM | Show all posts
azurro replied at 1-4-2023 01:43 PM
Ingat lg masa dia ikut azmin and the gang dngn rasa angkuh dn sombong, penuh yakin dngn status otai  ...

Zoorada  ni x de style utk jadik muntri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 30-3-2023 08:27 AM
zuraida kena bayar 10 juta sekiranya melompat selepas dilantik jadi calon pkr pada pru14.  



Saman sampai tinggal spender
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.543462 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list