View: 4443|Reply: 10
|
Isteri Afiq Muiz digantung tak bertali sejak Julai 2021
[Copy link]
|
|
Isteri Afiq Muiz digantung tak bertali sejak Julai 2021
PACHARA Apin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan fasakh terhadap Afiq Muiz. FOTO Genes Gulitah
Shah Alam: "Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai fasakh pada hari ini tetapi enggan memberi kerjasama," kata isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin, 32.
Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan pernah dikasari Afiq seperti yang dinyatakan di Facebook dan TikTok tahun lalu, Pachara tetap mempertahankan kenyataannya itu.
"Apa yang saya nak beritahu, sebelum ini dia (Afiq) ada buat laporan polis yang mengatakan saya fitnah tapi saya tak fitnah.
"Mengenai bukti, saya rasa semua orang dah nampak. Pada masa sama kita sedang berpuasa. Lagipun sebelum ini hanya saya saja yang banyak bercakap dan masyarakat pun dah nampak bukti-bukti ini.
"Kita tunggulah bicara terakhir pada 6 April ini," katanya ketika ditemui di mahkamah.
Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, sebelum ini pihaknya sudah memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu tetapi Afiq gagal dihubungi.
"Bila tak sampai pada tangan dia, jadi kes tak boleh jalan dan terpaksa ambil kaedah menggunakan tuntutan fasakh'," katanya.
Suriati berkata, Pachara juga tidak menerima nafkah dan digantung tidak bertali sejak Julai 2021.
"Dia gantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga sekarang dan memang dia sudah tinggalkan Pachara," katanya.
Terdahulu, Pachara yang juga pelakon berasal dari Ranau, Sabah itu memuat naik kenyataan di Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.
Luahan dan perkongsian Pachara turut meraih komen balas adik kepada Afiq yang juga pelakon, Aishah Azman yang nyata bengang dengan tindakan wanita itu kerana didakwa membuat kenyataan palsu di media sosial.
Susulan dari kenyataan Pachara, Afiq membuat laporan di Balai Polis, Dengkil, Selangor tahun lalu untuk membersihkan namanya yang dicalarkan Pachara.
Afiq juga mengambil tindakan undang-undang berhubung fitnah yang dilemparkan Pachara sehingga mencalarkan maruahnya dan keluarga.
Afiq dan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... li-sejak-julai-2021
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya la nasib isteri2 masa kini |
|
|
|
|
|
|
|
smpai patah kaki dan jari kau buat anak org.. tak suka lepaskan..dia digantung tak bertali.. apa ek org lelaki ni fikir buat wife mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk tul mahkamah syariah Subang Bestari…..semua nya retis….kalau jual air tebu depan tu, laku tak????? |
|
|
|
|
|
|
|
I ingatkn raja afiq, patut pelik pesal bini dia mcm lain je kt mahkamah tu..afiq eina rupanye |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin luas jendol afiq
Rambut dh gugurkah
Tu la...aniaya bini lg |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai jela jantan hanat woi kalau dah tak suka jangan digantung tak bertali. Kejam tau tak, ko gantung pompuan tak boleh nikah, ko plak aman2 boleh nikah ke skandal |
|
|
|
|
|
|
|
'Dia ada orang lain' - Afiq Muiz
AFIQ memuat naik gambar dia menunggang kuda di Instagram.
Kuala Lumpur: Pelakon Afiq Muiz, 31, menyifatkan bukan mudah untuk dia membuat keputusan dalam keadaan diduakan dan berhadapan individu yang sudah melukakan hatinya.
Jawapan itu ditulis Afiq sebagai balasan terhadap komen seorang netizen yang meminta dia melepaskan isterinya, Pachara Apin secara baik sekiranya tiada jodoh mereka daripada digantung tak bertali.
Terdahulu, Afiq memuat naik gambar dia menunggang kuda di Instagram dengan keterangan gambar ditulis, 'sedang berpuasa dan tak sangka iblis masih ada di bulan Ramadan. Atau mungkin mereka pengikut iblis'.
Rata-rata netizen mengkritik Afiq menerusi hantaran dibuatnya itu dengan pelbagai komen. Malah, tinjauan di ruangan komen mendapati Afiq tidak berdiam diri sebaliknya bertindak membalas komen-komen itu.
"Kalau dah tak ada jodoh..lepaskan lah dia baik-baik..jangan gantung tak bertali..mohon maaf andai tersilap cakap..selamat berpuasa," tulis netizen.
"Dia pernah jadi orang yang kau sayang. Kenanglah juga sedikit kebaikan yang pernah dia lakukan selama ini. Salam Ramadan," tulis seorang lagi netizen.
Afiq menjawab, selepas fitnah-fitnah yang ditaburkan aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Lagi pun, dia ada orang lain.
Menerusi Instagram Story, Afiq menulis, Tuhan akan membuka jalan yang benar. Allah lah pemilik di dalam kehidupan ini. Insya-Allah setiap amal dan doa akan dimakbul dan dikira. Ikhlaskan. Salam Ramadan mubarak dengan disertakan emoji hati berwarna merah.
Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 32, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya.
Dia juga difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... rang-lain-afiq-muiz
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan sesekali mempercayai lelaki banyak bulu macam hantu raya... kelak sedih pengakhirannya agitteww... so mari lah kita cari laki herlok macam hun haqeem, meerqeen, syafi tee, dan rhoper2 korea, thai dan taiwan yang tak banyak bulu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|