View: 1909|Reply: 0
|
Messi ledak gol ke-100 untuk Argentina
[Copy link]
|
|
AKSI Messi (tengah) ketika bertemu Curacao. FOTO AFP
Santiago del Estero: Kapten Argentina, Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsa ke-100 untuk penyandang juara dunia itu ketika menang 7-0 dalam perlawanan persahabatan ke atas Curacao, hari ini.
Pemenang Ballon d'Or tujuh itu membuka jaringan menentang pasukan kerdil itu pada minit ke-20 di Santiago del Estero.
Ia berlaku 17 tahun selepas dia meledak jaringan pertama untuk Argentina ketika tewas 2-3 kepada Croatia pada Mac 2006.
Pemain berusia 35 tahun itu tidak lama kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-33 untuk menjadikan kedudukan semasa 3-0 sebelum mencetak hatrik pada minit ke-37 untuk gol kelima Argentina.
Ia adalah hatrik ketujuh Messi untuk pasukan kebangsaan.
Messi tampil pada aksi itu bukan sahaja sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya, tetapi mempunyai koleksi lebih banyak gol berbanding dua pemain terbaik seterusnya iaitu Gabriel Batistuta dengan 56 dan Sergio Aguero 41 gol.
Ia adalah perlawanan kedua Argentina sejak memenangi Piala Dunia menewaskan Perancis di Qatar pada Disember tahun lalu menerusi penentuan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan seri 3-3 pada masa sebenar.
Dia kekal menduduki tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di belakang seteru utama, Cristiano Ronaldo dari Portugal dengan 122 gol dan Ali Daei dari Iran 109 gol.
Messi telah menjaringkan gol ke-99 untuk Albiceleste ketika Argentina menewaskan Panama 2-0, Jumaat lalu.
Pasukan Amerika Tengah itu bertahan sehingga minit ke-78 sebelum pemain sensasi MLS berusia 21 tahun, Thiago Almada memecahkan kebuntuan.
Messi kemudian menjaringkan gol menerusi sepakan percuma seminit sebelum tamat perlawanan, gol ke-800 dalam bola sepak profesionalnya di hadapan 83,000 penyokong yang di Buenos Aires.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 100-untuk-argentina |
|
|
|
|
|
|
| |
|