CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10658|Reply: 0

[Sabah] Pemandu Lori Kayu Balak Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Kalabakan

[Copy link]
Post time 28-3-2023 09:55 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan lori kayu balak yang terbabas sejauh 66 meter sehingga menyebabkan pemandunya terbunuh di Jalan Kalabakan-Maliau Basin, Tawau Sabah.
TAWAU, 28 MAC : Seorang pemandu lori membawa muatan kayu balak maut selepas lori dipandunya hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan sebelum tergelincir ke bahu jalan dan terbabas sejauh 66 meter di Jalan Kalabakan-Maliau Basin.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.05 pagi di KM136 Jalan Kalabakan-Maliau Basin, mangsa yang terbunuh seorang lelaki berumur 33 tahun dari arah Kalabakan-Serudung menuju ke Ladang Berantian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa sedang dalam perjalanan bagi menghantar kayu balak sebelum terlibat dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang bersendirian telah tercampak keluar melalui cermin hadapan yang pecah.

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058679 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list