CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10163|Reply: 0

[Sabah] Gas memasak meletup, suami isteri cedera melecur

[Copy link]
Post time 28-3-2023 09:47 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Keadaan dapur rumah mangsa selepas mengalami kebakaran.
TAWAU: Sepasang suami isteri mengalami kecederaan akibat melecur selepas dapur rumah mereka terbakar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikejarkan ke Hospital Tawau kerana mengalami luka melecur di bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.36 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kejadian itu melibatkan kebakaran di bahagian dapur rumah mangsa.

“Hasil maklumat awal, kebakaran berpunca daripada gas memasak yang bocor sehingga berlaku letupan dan kebakaran di ruangan dapur rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, tiada operasi pemadaman dilakukan kerana orang awam sudah memadam kebakaran itu sebelum ketibaan bomba.

“Terdapat dua mangsa iaitu sepasang suami isteri mengalami kecederaan melecur akibat terkena api dan telah dihantar ke Hospital Tawau oleh jentera EMRS.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.15 pagi,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.092639 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list