View: 10804|Reply: 9
|
Uzbekistan Dengan Kelantan Sebelah-Sebelah - Melopong Netizen Pak Arab Madinah Lancar Kecek Kelate!
[Copy link]
|
|
Bukanlah perkara luar biasa apabila orang berbangsa Arab khususnya peniaga bertutur dalam bahasa Melayu.
Namun, menjadi luar biasa apabila seorang 'Pak Arab' petah bertutur dalam dialek Kelantan. Melopong warga maya dibuatnya!
"Nak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu (Harga pecah kepala. Orang kita jangan berpecah. Kita sekampung orang Kelantan. Suka makan budu dengan nasi kerabu", demikian kata lelaki berkenaan.
Dek kerana video berkenaan tular, warga maya tertanya-tanya dari mana lelaki tersebut berkebolehan bertutur dialek Kelantan dengan lancar.
Sebagai menjawab pertanyaan netizen, pemilik video berkenaan memuat naik satu klip video berasingan untuk merungkai persoalan yang bermain di minda mereka.
"Macam mana you (kamu) pandai cakap Kelantan?" demikian soalan yang diajukan kepada lelaki berkenaan dalam pertemuan selanjutnya.
"Orang yang datang haji ramai orang Kelantan berbelanja di sini... kito (saya) jadi pandai boleh kecek Kelantan (bertutur). Suka makan budu juga dengan nasi kerabu... sedap sangat," jawabnya.
Difahamkan, lelaki tersebut bekerja di sebuah kedai yang menjual manisan serta kurma di Madinah.
Namun begitu, dia bukanlah berbangsa Arab sebaliknya berasal dari Uzbekistan.
"Ambo (saya) bukan orang Arab cuma lahir di Madinah. Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah," ujarnya merujuk kepada sebutan 'tan' pada negara kelahirannya yang mempunyai persamaan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ternyata warga maya begitu teruja kerana dialek Kelantan turut menjadi bahasa popular di negara luar.
TikTok/mStar
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dorg belajar untuk berniaga |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan first case. mat arab kelantan tu kecek kelantan pandai kes berkawan dgn pelajar kelantan di mesir. jgn jeles uols kelantan mendonia [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Melayu Kelantan tetap asli dan menarik sebab orang Kelantan tidak bercakap bahasa rojak macam orang Key El. |
|
|
|
|
|
|
|
Uzbek ramai kat Makkah Madinah. Berniaga / kerja kat kedai2 pakaian / makanan. Boleh kata semua boleh cakap Melayu Malaysia / Indonesia dgn lancar. One of the reasons pelanggan ramai Malaysia / Indonesia.
Bukan Uzbek jer, orang Arab dan kulit hitam Afrika pun pandai cakap Melayu. Jadi shopping kat Makkah Madinah ni takde masalah bahasa. Ana ada cuba practice bahasa Arab, diaorang jawab selamba jer dalam bahasa Melayu.
Satu lagi faktor, bangsa2 Timur Tengah ni daya ingatan diaorang sangat kuat. Tu yg senang2 jer boleh kecek Kelate / Malaysia / Indonesia.
Wallahu aklam
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang malaysia juga ramai pandai ereb |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan banyak sekolah asrama agama anak2 yatim dan miskin yayasan persendirian. secara tak langsung lepas spm depa ramai2 g mesir saudi apa bagai lagipun semua ni tidak perlu yuran. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik apa.. Hari tu kt nilai 3,bangla kecek klate duk jual karpet...
Maka berbangla la sskjp bahasa jadi universal... |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan, uzbekistan, tajikistan, go head go stan, tan, tan, tan teringat citer 3 abdul |
|
|
|
|
|
|
| |
|