View: 6835|Reply: 21
|
"Ambo Malas,"-Tak Kerja, Harap Duit JKM, Lelaki Kelantan Selesa Hidup Bergelandangan
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: 'Ambo malas' (saya malas) spontan keluar dari mulut seorang warga emas sebaik disoal kenapa hidup gelandangan oleh pegawai penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di sekitar bandar Kota Bharu, hari ini.
Warga emas berusia 66 tahun itu berkata, sejak 20 tahun lalu hidupnya sentiasa berpindah randah bagi mencari tempat berteduh selain mengharapkan simpati orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Foto: Harian Metro
"Wang bantuan bulanan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan digunakan untuk keperluan harian termasuk makan dan minum.
"Walaupun saya mempunyai adik beradik, namun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan saya memilih untuk hidup bergelandangan kerana tidak mahu menyusahkan mereka," katanya ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, hari ini.
Dia mendakwa sebelum ini mempunyai tempat tinggal, namun ia musnah akibat banjir dan terpaksa hidup bergelandangan selepas itu disebabkan tidak mampu membina atau menyewa rumah.
"Sejak itu, hidup saya tidak teratur dan setiap hari terpaksa menumpang membersihkan diri di tandas awam atau masjid berdekatan.
"Saya tidak tinggal tetap di satu-satu tempat dan berpindah randah mengikut keadaan tanpa sebarang hala tuju dan lebih selesa hidup seperti ini," katanya yang berasal dari Pasir Mas.
Katanya, dia tidak kisah hidup dalam keadaan bergelandangan berikutan tidak mempunyai tanggungan disebabkan tidak pernah berkahwin.
"Bagi merehatkan diri pada waktu malam, saya akan menumpang teduh di masjid atau tempat-tempat yang selamat.
"Saya tidak mahu ditempatkan rumah jagaan orang tua disebabkan mahu hidup bebas dan apa yang penting saya tidak mengganggu orang lain serta meneruskan rutin kehidupan seperti biasa," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bravo ..ini lah yg kita mahukan .. intelligent |
|
|
|
|
|
|
|
mesti heols bujang terlajak
kut berbinik sure cukup makan pakai ada rumah tpt berteduh even biawak
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun saya mempunyai adik beradik, namun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan saya memilih untuk hidup bergelandangan kerana tidak mahu menyusahkan mereka," katanya ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, hari ini.
pastu menyusahkan pembayar cukai yang lain… dasar tut betul… selamba pulak tu tanpa malu sebut malas! |
|
|
|
|
|
|
|
Nasibla takda anak bini.
So lantak kau lah janji tak kacau orang
|
|
|
|
|
|
|
|
patut yg terang2 ngaku diri tu malas. stop laa bagi bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
Tp mmg ada segelintir jantan2 melayu begini. Mereka x bole pressure kerja under orang especially swasta. Ramai yg berenti kononnya nk wat bisnes end up jd bewak hidup ditanggung bini. Cian bini tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada segelintir manusia kerjanya mintak bantuan sana sini.. itulah sejenis pekerjaan juga |
|
|
|
|
|
|
|
bodo ke apa yang bertanya. umo dah 66. tanya sapa2 pun memang malas dah nak mikir pasal kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la dah 66, tapi semenjak 20 tahun lalu dah hidup macam tu. 20 tahun yang lalu sepatutnya beliau kerja, kumpul aset, savings untuk spend masa umur 66.
|
|
|
|
|
|
|
|
freethinker kot ni.... x nak terikat peraturan, tak nak nyusahkan sesapa |
|
|
|
|
|
|
|
mati sok menyusahkan org jugekkk |
|
|
|
|
|
|
|
kalau umur 66 tu mmg kesian laa nak kena keja lagi. tapi 20 tahun dah hidup macam tu,hurmmm..selayaknyaaa laaa kena cerca. |
|
|
|
|
|
|
|
actually this is the true meaning of freedom...bagi sesetengah org, hidup mcm ni tak masuk akal sebab manusia terikat dgn rat race...
bagi dier, he is ditching the rat race and live free...
cuma jgn tinggal sembahyang shj...benda2 lain optional
rat race is created by the jews and it is clearly stated in the Quran.. |
|
|
|
|
|
|
|
swateng1 replied at 29-3-2023 10:08 AM
kalau umur 66 tu mmg kesian laa nak kena keja lagi. tapi 20 tahun dah hidup macam tu,hurmmm..selayak ...
Itu ka uols...dah 66 ok la..warga emas...
Tp kalo umur 26,36 hatta 46 pung mmg ko ptt babab la....penyakit nor tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|