CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12853|Reply: 3

Pengguna mengeluh ada peniaga naikkan harga ayam

[Copy link]
Post time 27-3-2023 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna mengeluh ada peniaga naikkan harga ayam


Tinjauan harga ayam segar di sekitar ibu negara. - NSTP/ ROHANIS SHUKRI


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam sejak awal Ramadan menyebabkan pembeli terkesan dan mendakwa saiz ayam diterima lebih kecil berbanding sebelumnya di beberapa lokasi di ibu negara.

Pesara, Rohaya Hassan, 62, berkata ayam siap dipotong ini boleh mencecah antara RM15 sehingga RM16 sekilogram (kg) berbanding RM10 sebelum ini.

"Oleh sebab nak makan sebagai juadah berbuka, kena beli juga walaupun mahal," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Suri rumah, Noorzila Abdul Rahman, 49, mendakwa ayam yang dibeli di pasar borong turut mengalami kenaikan harga tetapi saiznya kecil berbanding di pasar raya.

"Kami biasa berbelanja di pasar borong dan agak terasa dengan kenaikan harga ayam kerana selalunya membeli dua ekor dalam satu masa.


Suri rumah, Noorzila Abdul Rahman (kiri) dan Suri rumah, Rohaya Hassan. - NSTP/ROHANIS SHUKRI

"Kalau untuk dua ekor ayam sekarang dalam RM40 di pasar borong tetapi kalau di pasar raya, saya cuma beli bahagian yang anak suka," katanya.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui kenaikan harga ayam agak membebankan kerana pada masa sama turut menanggung perbelanjaan sekolah anak.

Tinjauan di Mydin Subang Jaya Hypermarket mendapati, ayam standard dijual pada harga RM9.39 setiap kg manakala di sekitar Petaling Jaya, ayam dijual antara RM9.30 hingga RM9.60 satu kg.

Peniaga ayam yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli, 58, berkata ada mendapat makluman kenaikan harga ayam berlaku di peringkat ladang walaupun permintaan tinggi.

"Kami memproses dan menjual antara 700 sehingga 800 ekor ayam sehari, menyebabkan harga di sini lebih murah berbanding tempat lain," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -naikkan-harga-ayam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 03:27 AM | Show all posts
kenaikan harga ayam perlu diimbagi oleh kenaikan penghasilan. jom bergabung dengan Amarkets menjadi intoducing Broker /affiliate dan hasilkan pendapatan tambahan $17/lot dari referal rujukan

[url=https://ms.amarkets.com/affiliate-program/?g=CDE7K]Join AMarkets Affiiate[/url]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 11:44 AM | Show all posts
hiduplah sederhana dengan apa yang paling mudah dan selamat, jika ayam sedang mahal bolehlah kita makan ikan atau lauk lainnya. adaptasi perubahan itu penting
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 08:13 PM | Show all posts
kalau makan ayam mahal yah kita boleh belanja menu makanan lain, misalnya ikan dan sayuran. saat harga normal boleh kita makan ayam lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069786 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list