CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4976|Reply: 2

Lelaki Tikam Isteri Berkali-Kali Sampai Mati, Berang Disuruh Jimatkan Air

[Copy link]
Post time 24-3-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suami menikam isterinya berkali-kali selepas berang ditegur supaya jimatkan air.


Thaiger melaporkan, suspek ketika itu sedang menyiram tanaman lalu dinasihati isterinya supaya berhenti untuk menjimatkan pengunaan air.


Ini kerana dia bimbang bekalan air mereka tidak mencukupi bagi menampung keperluan semasa musim kemarau nanti.


Si suami yang tidak dapat mengawal kemarahan lalu bertindak menikam isterinya sendiri dan kemudian melarikan diri ke dalam hutan.




Foto: Thaiger




Semasa tiba di lokasi kejadian, pihak polis menemui mayat seorang wanita berusia 55 tahun di luar pintu hadapan rumahnya.


Laporan menunjukkan mangsa didapati telah ditikam berkali-kali di bahagian paha kanan sehingga dia kehilangan banyak darah.


Pihak polis juga menggeledah rumah pasangan tersebut dan menemui dadah yang dipercayai milik suspek.


Susulan itu, pihak polis bersama penduduk tempatan bekerjasama memburu suspek ke dalam hutan selepas pihak berkuasa menerima laporan berhubung pembunuhan tersebut pada pagi Rabu.


Walau bagaimanapun, pihak polis percaya mereka akan berjaya menahan suspek dalam masa terdekat kerana dia tidak mempunyai wang dan makanan semasa melarikan diri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:59 PM | Show all posts
Mmg dah dndam lama agaknya bini kaki bising
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:57 PM | Show all posts
Nama sesuai dengan perangai .. hujung2 masuk hutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082302 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list