CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5177|Reply: 25

Bazar Ramadan Jadi Sempit- Peniaga Nak Pacak Khemah, Orang Awam Pun Nak Parkir Kereta Tempat Sama

  [Copy link]
Post time 24-3-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Tular gambar peniaga bazar memasang kanopi untuk berniaga di sepanjang jalan yang mempunyai deretan kedai.


Apa yang menghairankan, khemah-khemah yang dipacak menyebabkan kereta yang diparkir lebih awal sebelum bazar dibuka 'terperangkap' kerana tidak dapat keluar atau dialihkan.


"Berapa ramai terkandas nak keluar kereta," demikian kapsyen gambar tersebut yang dikongsi di akaun Twitter @isusemasaviral.


Foto: Twitter




Difahamkan, kejadian berlaku di Puchong, Selangor di mana lokasi yang dijadikan tapak bazar ini terletak berhampiran dengan stesen LRT.


Pengguna LRT dikatakan sering meletakkan kenderaan mereka di sekitar kawasan tersebut sebelum menaiki tren untuk ke tempat kerja


Ada yang tidak menyalahkan peniaga kerana mendakwa notis sudah dikeluarkan lebih awal memaklumkan bahawa kawasan itu akan dijadikan tapak bazar sepanjang bulan Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.


Difahamkan, notis yang dikeluarkan meminta orang ramai mengosongkan tapak sebelum jam 3 petang setiap hari sepanjang Ramadan bagi memberi laluan kepada peniaga bazar.







Melihat situasi ini, nampaknya masih terdapat segelintir orang awam yang tidak peka dengan arahan tersebut apabila masih meletakkan kenderaan masing-masing seperti biasa.


"adahal banner naik dah kena kosongkan kereta sebelum 3 petang. Kebanyakan orang bekerja yang naik LRT parkir dekat sini. Boleh ke kosongkan tapak sebelum jam 3 petang?


"Kalau dah ada banner suruh kosongkan, maka salah pemilik keretalah. Yang berniaga tu sudah bayar tapak.


"Kalau tak nak susahkan diri lebih baik jangan parkir situ. Dah tahu tempat bazar Ramadan.


"Kalau memang lot tapak bazar yang disediakan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), dibayar permit atau lesen, ada notis pengosongan, ia bukan salah peniaga," ujar beberapa pengguna Twitter.


Bukan itu sahaja, seorang pelayar turut berkongsi suasana bazar yang sesak dan padat dengan orang ramai apabila ruang untuk berjalan menjadi sempit disebabkan khemah tidak dapat dipacakkan rapat di bahagian tepi jalan.


Dalam pada itu, timbul kebimbangan apabila jarak antara kereta yang 'terkandas' dengan dapur yang digunakan peniaga untuk memasak dilihat terlalu dekat.


Lokasi tersebut dipercayai sememangnya dijadikan bazar setiap tahun untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat membeli juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan.


Diharapkan masalah ini tidak berlarutan serta dapat diselesaikan dengan baik dan segera oleh pihak yang terlibat. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
KFC puchong prima TU cm hanat yach..kaunter dia kena tunggu cm kat pejabat tanah punya kaunter
Baik gi kat dataran prima dekat the wharf TU lagi best...laju je servis...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
patut la si polan komen sesak kat bazar semalam.. rupanya laluan sempit
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2023 11:27 AM
KFC puchong prima TU cm hanat yach..kaunter dia kena tunggu cm kat pejabat tanah punya kaunter
Baik  ...

Ceh..ingat aku sorang je yg kena, lembab giler
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:26 PM | Show all posts
selagi ada petak parking dijadikan bazar, mana tak sempit. macam Malaysia ni dah takde cara lain untuk jual juadah buka puasa. kena juga pacak khemah. kena juga berniaga tengah2 jalan. ambil petak parking jadi bazar, habis tu kereta semua kena parking tepi jalan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian org yg park situ, ye la dah nk naik lrt kna la park situ. Pbt pun takde tmpt lain ke nk buat tapak bazar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
foxs replied at 24-3-2023 12:13 PM
Ceh..ingat aku sorang je yg kena, lembab giler

Kan..
Orang dah lama.order ni .dok tunggu
Dia boleh buat order grab berjela2.tu..samb sembang
Jilaka sungguh..first n last gi situ..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:47 PM | Show all posts
dh tu yg dtg2 ke bazar ni parkir la tepi2 jalan  
dh tu jem sepanjang2 jalan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:55 PM | Show all posts
Haha mereputla nk tgu peniga kemas smpai habis baru boleh keluar keta. Adan ukeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:34 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2023 11:27 AM
KFC puchong prima TU cm hanat yach..kaunter dia kena tunggu cm kat pejabat tanah punya kaunter
Baik  ...

leks sis, poser2 tabaik marah2

awat tak oda grab je?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-3-2023 01:34 PM
leks sis, poser2 tabaik marah2

awat tak oda grab je?

Lama dah benda ni..sebelum.covid
Masa TU iols baru balik kursus..then ada urusan kat puchong prima TU..alang2 nak belikan KFC la utk anak2..nampak mcm tak ramai...
Tibe2 rupanya semua dah tunggu lama..
Iols dah siap order plak TU...kena sidai sejam lebih gak la
Kalau Tau gitu iols order grab je Anto terus ke rumah..huhuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:42 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2023 02:40 PM
Lama dah benda ni..sebelum.covid
Masa TU iols baru balik kursus..then ada urusan kat puchong prima ...

rasa bukan kepci sana jew.. belah2 sini pun sama je levet hanatnyehhhh

meols mmg tak dah order kat kedai, smer grab jah

muleh sedekah kat budak grab sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:19 PM | Show all posts
Bazar kejap je. Pkl 8 dah clear. Dlm hal ni dua2 tak salah. Yg salah PBT dan yg tukang gazet kawasan boleh buka bazar.
Salahkan PMX.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdoa jer lah setiap hari hujan lebat ribut petir. Padan muka pada penjual, sbb menyusahkan orang lain. Padan muka pada pembeli, sebab tak dapat beli. Malas memasak. Padan muka dua2 pihak sbb menyebabkan jalan jadi bertambah jem.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pbt la yang salah.. tamak sangat.. tapi aku dah kena macam ni, tapak pasar malam.. dari petang sampai nak pukul 12 baru boleh balik rumah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
PBT bodoh. MPSJ ni memang terkenal PBT yg bodoh bangang pemalas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 04:10 PM | Show all posts
Kat tempat ni gak diorg buat port pasar malam. Aku pernah sangkut tak boleh keluar. Takde notis apa semua tiba2 dah ada byk gerai menjual. Tunggu kul 930 malam baru boleh keluar #@$$#%^$##!@#
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:44 PM | Show all posts
habis tu ada parking area lain ke?
suruh penduduk naik public transport tapi parking limited
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:57 AM | Show all posts
cari lah tempat lain nak buat bazar, pbt pun...kalau takde tempat sesuai takyah buat bazar, biar semua org msak sendiri kat rumah..pandai2 la drg nak hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-3-2023 02:42 PM
rasa bukan kepci sana jew.. belah2 sini pun sama je levet hanatnyehhhh

meols mmg tak dah order ...

Ye kaka ..mmg skang iols order grab je..
Habaq kat anak standby..habang grab sampai ..
Order grab dpt lagi cepat Dari beli sundiri..haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.109331 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list