CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14355|Reply: 0

[Pulau Pinang] Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda santuni masyarakat Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 23-3-2023 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda santuni masyarakat Pulau Pinang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 23, 2023 @ 6:12pm bhnews@bh.com.my






Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda menyantuni masyarakat Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda yang dilancarkan Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima), semalam, turun padang menyantuni masyarakat Pulau Pinang, termasuk pengunjung Bazar Ramadan di beberapa lokasi, di sini, hari ini.

Antaranya, masing-masing 30 set iftar percuma diedarkan kepada pengunjung Bazar Ramadan di Prangin Mall berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan Jalan Gurney; selain 40 lagi di Kampung Melayu, sempena meraikan kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan.



Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda menyantuni masyarakat Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda menyantuni masyarakat Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG

Selain set berisi barangan makanan itu, pengunjung yang menjayakan aktiviti membuat video pendek di lokasi turut menerima baucar makanan bernilai RM30 serta baucar langganan Tonton secara percuma selama tiga bulan.

Pengunjung, Hassan Ibrahim Saah, 40, bersyukur dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pemberian set iftar berkenaan.

"Malah, saya turut menerima baucar makanan bernilai RM30 daripada Panasonic. Terima kasih kerana sama-sama berkongsi rezeki," katanya ketika ditemui.



Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda menyantuni masyarakat Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG

Bagi Marni Siallagan, 36, beliau tidak menyangka kunjungannya ke bazar berkenaan turut diraikan walaupun bukan beragama Islam.

Katanya, beliau bersama suami, Beh Chin Hin, 50, berkunjung ke bazar itu untuk membeli juadah masakan Melayu.

"Tidak sangka pula saya yang bukan Islam turut diberi peluang meraikan hari yang baik bagi orang Islam ini. Terima kasih atas pemberian ini," katanya.

Tukang masak, Khabirunisha Meerasa, 55, juga memperoleh set iftar daripada Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

"Hari ini adalah hari pertama pembukaan bazar dan agak mencabar. Pemberian set iftar ini dapat memeriahkan lagi suasana," katanya.

Semalam, Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda memulakan misi, khususnya menyantuni golongan memerlukan, sepanjang Ramadan dengan antara lain akan mengunjungi rumah anak yatim, orang tua, golongan ibu tunggal serta masyarakat B40 di zon utara, selatan, tengah dan Pantai Timur.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065132 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list