|
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) memanaskan badan ketika sesi latihan di Cidade do Futebol dekat Oeiras, Lisbon, Portugal menjelang pertemuan dengan Liechtenstein. - EPA
LISBON: Cristiano Ronaldo tidak berahsia dengan cita-citanya untuk memadam satu lagi rekod dunia - jumlah kaps antarabangsa terbanyak – sehari sebelum Portugal berdepan Liechtenstein pada kelayakan Euro 2024.
Pemain berusia 38 tahun itu dinamakan dalam skuad baharu jurulatih Portugal, Roberto Martinez walaupun tercicir daripada kesebelasan utama aksi terakhir Portugal pada Piala Dunia di Qatar.
Ronaldo sudah memegang rekod jaringan antarabangsa dengan 118 gol dan rekod pemain lelaki Eropah dengan 196 kaps, jumlah yang menyamai rekod dunia milik pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa.
"Rekod ialah motivasi saya," kata Ronaldo kepada wartawan.
"Saya mahu menjadi pemain dengan kaps terbanyak dalam sejarah. Itu membuatkan saya rasa bangga.
"Tapi ia tidak berhenti di situ, saya masih mahu kerap dipanggil."
Karier antarabangsa Ronaldo bermula Ogos 2003 dalam aksi persahabatan berdepan Kazakhstan dan dia sudah mewakili Portugal dalam semua kejohanan antarabangsa sejak Euro 2004. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... do-terus-buru-rekod |
|