CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3197|Reply: 0

Tawaran 'Pak Arab' lebih menarik

[Copy link]
Post time 23-3-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

UNITED memenangi Piala Liga bulan lalu. FOTO AFP

Manchester: Persaingan untuk membeli Manchester United semakin hangat apabila pemilik bank Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe kembali dengan bidaan kedua untuk membeli kelab gergasi Inggeris itu.

Pihak yang berminat mempunyai masa sehingga awal pagi tadi untuk mengisytiharkan tawaran mereka kepada Raine, bank perdagangan yang dilantik untuk membantu penjualan kelab itu.

Pemilik United, keluarga Glazer, dilaporkan menetapkan rekod dunia bernilai £6 bilion (RM32.79 bilion) untuk kelab itu.

Sheikh Jassim yang membida untuk menguasai 100 peratus kelab itu berjanji akan menghapuskan hutang United sebanyak $620 juta (RM2.76 bilion) dan pelaburan untuk stadium baharu serta pusat latihan selain memberi sokongan untuk pasukan lelaki dan wanita.

Sumber yang rapat dengan tawaran Sheikh Jassim memberitahu AFP dia yakin tawaran itu adalah 'yang terbaik untuk kelab, penyokong dan komuniti tempatan'.

Pengasas syarikat kimia INEOS, Ratcliffe, yang meminati United sejak zaman kanak-kanak, lebih berhati-hati dalam penilaiannya apabila menegaskan dia tidak akan membayar harga 'bodoh' dalam persaingan memiliki salah satu kelab paling ikonik itu.

"Bagaimana anda menentukan harga sebuah lukisan? Bagaimana anda menentukan harga rumah? Ia tidak berkaitan dengan kos untuk membina atau kos untuk melukis.

"Apa yang anda tidak sepatunya lakukan ialah membayar harga bodoh kerana kemudian anda akan menyesalinya," kata Ratcliffe kepada Wall Street Journal minggu ini.

Ratcliffe, yang mahukan 69 peratus kepentingan milik keluarga Glazer berkata, minatnya terhadap United adalah 'semata-mata untuk memenangi sesuatu' selain melabelkan kelab itu sebagai 'aset komuniti'.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -arab-lebih-menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099199 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list