CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 4

Bekalan Air Bersih Selalu Terputus, Dah 14 Tahun Penduduk Di Yan Menderita

[Copy link]
Post time 23-3-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
YAN – Impian 1,500 penduduk di Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di sini untuk me­raikan sambutan Ramadan terjejas apabila mereka terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air bersih.


Lebih menyedihkan apabila masalah berkenaan telah berlarutan dan gagal diselesaikan sejak lebih 14 tahun lalu.


Penduduk mendakwa, bekalan air sering terputus dan tidak diberi perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab walaupun mereka kerap mengemukakan aduan terutama pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Foto: kosmo




Seorang penduduk, Saad Sabu, 78, berkata, bekalan air bersih hanya dinikmati dalam tempoh lima tahun apabila paip air mula dipasang pada 2004.


“Selepas itu bekalan sering terputus sehingga menyukarkan kehidupan seharian terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.


“Bagi kegunaan mandi dan membasuh, kami terpaksa menggunakan air bukit, manakala untuk minum pula, kami perlu membeli air mineral,” katanya.


Bagi Shaber Serat, 53, pula, bekalan air sebelum ini masih boleh diperoleh pada lewat malam dan awal pagi berbanding beberapa tahun kebelakangan ini apabila air langsung tidak sampai ke rumah mereka.


“Saya terpaksa menggunakan pam untuk menyedut air dari parit kecil bersebelahan rumah sebelum menakungnya untuk kegunaan keluarga,” katanya.


Suri rumah, Mariam Majid, 56, berkata, setiap kali ketibaan Ramadan, dia sekeluarga berhadapan kesukaran kerana ketia­daan air.


“Selama ini kami bersabar kerana boleh menggunakan air bukit, tetapi masalahnya ialah sampai bila bekalan air bersih dapat disalurkan.


“Sedangkan bil bulanan sebanyak RM6 perlu dijelaskan penduduk dan jika gagal, meter air akan disita,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata hangpa pi ramai2 kat jabatan belakan ayaq. Pi mandi gosok gigi depan pintu gate depa. Paling baguih sekali buat kat depan rumah ADUN. Baru depa nak gerak pungkoq
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:57 AM | Show all posts
relaxlah..amende nk kecoh..baru 14 tahun..tak serius mana..lain la kalau kat selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:18 AM | Show all posts
Like euwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:26 AM | Show all posts
Sanusi buat apa??haritu kemain ugut org penang minum air selut..ujung2 rakyat hang yg takdak air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051295 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list