CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10871|Reply: 2

Tokti Teringin Lawat Sekolah Kanak-Kanak Afwa Al-Afiyah Di Gaza

[Copy link]
Post time 22-3-2023 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Siti Nurhaliza, berhasrat untuk melawat sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkannya menerusi Yayasan Nurjiwa sejak 5 Oktober 2021.


Penyanyi berusia 44 tahun itu bagaimanapun berkata, dalam keadaan sekarang ia tidak mudah berbuat demikian kerana kawasan Gaza masih bergolak dan berisiko tinggi untuk keselamatan.




IG




"Alhamdulillah, buat masa ini sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah mempunyai lebih 50 orang pelajar yang kami sediakan segala keperluan pembelajaran peringkat awal untuk mereka dalam bidang al-Quran dan akademik, termasuk akhlak, adab dan sebagainya.


"Kami juga menyediakan serta memastikan infrastruktur pendidikan dan pembelajaran dalam keadaan yang baik dan mencukupi kerana ramai kanak-kanak di Gaza itu mempunyai impian ingin menimba ilmu di sekolah. Cuma, situasi keselamatan mereka masih berhadapan peperangan," katanya kepada Harian Metro.


Siti berkata, walaupun masih belum berkesempatan mengadakan lawatan ke Gaza, namun beliau sentiasa mengikuti perkembangan pelajar dan guru di sekolah itu, termasuk segala keperluan dan kelengkapan diperlukan.


"ihak Yayasan Nurjiwa ada wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, guru, pelajar, termasuk kemudahan makanan dan minuman disediakan pada waktu persekolahan.


"Kami memang berhasrat mahu memberi peluang kepada kanak-kanak Palestin ini mendapat pendidikan awal dalam bangunan sekolah lebih selesa yang disediakan," katanya.




  



Siti akui dirinya puas apabila dapat berkongsi semula kepada masyarakat dengan menolong mereka yang memerlukan menerusi misi bantuan seperti bencana alam, pembangunan surau dan masjid serta sekolah.


"Menerusi Yayasan Nurjiwa, saya bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bekerjasama melaksanakan pelbagai program dan dana yang diperoleh kami sumbangkan kepada yayasan untuk menjayakan beberapa misi bantuan termasuk pembangunan modal insan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yayasan Tokti kaya raya tak mcm yayasan tokri?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok K mcm pegang cucu ... Btw Happy Birthday Afiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059513 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list