CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3868|Reply: 7

Kerajaan China Pujuk Rakyat Kahwin Dan Beranak, Taja Perkhidmatan Mencari Jodoh Secara Percuma

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: The Guardian melaporkan, sebuah bandar di Jiangxi, sebuah wilayah di timur China, menganggap perkhidmatan mencari jodoh ditaja kerajaan menghasilkan penyelesaian untuk mereka yang putus asa atau bosan dengan cinta.


Guixi, sebuah bandar mempunyai kira-kira 640,000 penduduk melancarkan aplikasi menggunakan data penduduk bujang untuk membina platform mencari jodoh.


Akhbar kerajaan, China Youth Daily melaporkan aplikasi dikenali sebagai Palm Guixi adalah sebahagian inisiatif meningkatkan kadar perkahwinan yang menurun, sejak sedekad lalu.




Foto: The Guardian




Pada 2021, terdapat 5.4 perkahwinan bagi setiap 1,000 orang, berbanding enam untuk jumlah sama di Amerika Syarikat.


Di tempat lain di Jiangxi, kerajaan tempatan menganjurkan acara untuk menarik orang ramai bersosial.


Di bandar Gao'an, kira-kira 100 orang bujang muda menghadiri acara di taman Ruizhou Fuya di mana mereka boleh berpakaian tradisional, bermain permainan dan mengenali antara satu sama lain.


Tujuan utama acara itu diadakan sebagai kempen menentang 'nilai hadiah kepada pengantin' yang tinggi.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tidak menggalakkan amalan tradisional yang mana bakal pengantin lelaki menawarkan wang tunai kepada keluarga pengantin perempuan sebelum berkahwin.


Peraturan negara melarang pemberian wang atau hadiah berkaitan perkahwinan, tetapi ia amalan tradisi terutama di kawasan luar bandar.


Perkhidmatan mencari jodoh tajaan kerajaan itu menerima pelbagai reaksi ramai di media sosial Weibo yang mengaitkannya dengan desakan kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran China yang semakin menurun. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka. dulu peraturan ketat., xbagi rakyat anak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik je la rohingya, bangla, indon
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:17 AM | Show all posts
xpyah beranak la perangai kome bukan semenggah pon
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:29 AM | Show all posts
Kutip balik rakyat ngkaw kat sini termasuk dengan set2 LGE tue. Semak jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 11:01 AM | Show all posts
dulu x bagi beranak....siap kena denda klu beranak lebih2...dah skrg org x nak beranak..suruh pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:46 AM | Show all posts
elok xyah beranak bio pupus je kaum kerabat korg semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058163 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list