CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7076|Reply: 51

Remaja 15 Tahun Rogol Adik 14 Tahun Sampai Beranak Dihantar Ke Henry Gurney

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode
JEMPOL – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang merogol adik kandungnya hingga bersalin bulan lalu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini.


Majistret Norshazwani Ishak mengarahkan dia dihantar ke sekolah berkenaan bermula semalam.


Ibu bapa atau penjaga remaja lelaki tersebut juga diperintahkan untuk melawat tertuduh sekali dalam tempoh sebulan sepanjang tempoh tiga tahun dia berada di sana.




Foto: Kosmo




Tertuduh pada 23 Februari lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.


Pada prosiding semalam, laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dibentangkan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Juvana itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan atas dua pertuduhan.


Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah felda tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.


Berdasarkan pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.


Mengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.


Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.


Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.


Difahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur.


Mangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.


Mangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 12:59 PM | Show all posts
Kesalahan pertama bulan 6, kesalahan kedua bulan 9, beranak bulan 2.

Do the maths.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:11 PM | Show all posts
baby 1.2kg kategori kecik la kan? standard 2-3kg kan? anak iols beranak 3.9kg
gemuk macam budak 2 bulan.
apa pun takpatut hantar ko ke henry gurney patut hantar ke neraka terus
sebab ko patut protect adik ko bukan lagi rosakkan dia. saiton
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Kesalahan pertama bulan 6, kes ...

Conceive bulan 6 tula.. lmp bulan 5,edd bulan 2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 22-3-2023 01:11 PM
baby 1.2kg kategori kecik la kan? standard 2-3kg kan? anak iols beranak 3.9kg
gemuk macam budak 2 bu ...

Mcm preemie dh kn berat tu.. ank i no 3 pon 3.9 kg no 4 4.2 kg 40weeeks tepat kluar.. tp klu underage mmg berat baby lebih kurang mcm tu je.. btul hantar ke neraka terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:21 PM | Show all posts
Chah21 replied at 22-3-2023 01:13 PM
Mcm preemie dh kn berat tu.. ank i no 3 pon 3.9 kg no 4 4.2 kg 40weeeks tepat kluar.. tp klu under ...

besar jugak anak chuols ada gdm ke?
selalu ibu gdm ni anak mesti besor beranak pastu kena emergency czer
memang beranak premmie la tu, tu boleh teran sekali keluar.
kesian la adik dia tu. harap bebetul dirogol la bukan suka sama suka. naya pak karim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 22-3-2023 01:21 PM
besar jugak anak chuols ada gdm ke?
selalu ibu gdm ni anak mesti besor beranak pastu kena emergenc ...

Nk nangis la bca kes2 camni.. takut nk hadap masa depan.. xde gdm u.. tp mmg kuat mkn once hbes alahan.. time alahan mkn sehari sekali.. lpas hbes,kjap2 nk mkn pastu i kira kalori intake jadi 5000-6000 sehari.. mmg akn naik berat byk.. tp berat baby tu xsngka pulak la sbb scan 3.4 cmtu je.. kluar baru taw bsar.. yg 2 tu je besar n normal delivery.. yg x brapa bsar czer coz jalan x buka.. twin 2.3&2.4 kg.. yg no 5 3.69 kg ..smua xde gdm
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:47 PM | Show all posts
Chah21 replied at 22-3-2023 01:38 PM
Nk nangis la bca kes2 camni.. takut nk hadap masa depan.. xde gdm u.. tp mmg kuat mkn once hbes al ...

untung la takde gdm
yang ada gdm ni nak pregnant lagi pun sheram
memang memacam pantang larang la
belum lagi kena ambik darah sehari 4kali
itu iols terus merancang anak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 22-3-2023 01:47 PM
untung la takde gdm
yang ada gdm ni nak pregnant lagi pun sheram
memang memacam pantang larang la  ...

Baby u yg 3.9 kg tu sbb gdm la ye? Skrg u amalkn apa2 diet x? I dulu ank first hampir gdm . Agak dh sbb i suka kopi 3 in1 ,teh ais.. lpas bersalin i kawal gula max 13g x silap la.. lama2 jadi bacaan gula harian i 4 cmtu.. sblum tu 5.3.. so masa minum mgtt/air gula mmg syak tinggi la.. kira lg brapa tah nk kena..tp bgus la jarak..mcm i smua perancang ,baby lekat.. susah hati+ gembira cmpur aduk xtahu nk ckp.. i harap no 5 ni last.. coz plan mmg nk jarak 4 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:56 PM | Show all posts
Chah21 replied at 22-3-2023 01:51 PM
Baby u yg 3.9 kg tu sbb gdm la ye? Skrg u amalkn apa2 diet x? I dulu ank first hampir gdm . Agak d ...

tak diet apa2 pun. tapi susah jugak nak dapat saiz dulu masa sebelum kahwin tu
merancang sebab ekonomi pun ye jugak, lepas tu emosi mak.
anak sorang pun jadi hulk dah.

sorry tt out topic
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:03 PM | Show all posts
Apa parents deyols buat? Takde pemantauan?? Selama peknen 9 bulan budak tu, apa yg mak dia buat?? Cuba tutup sebab malu ada kes sumbang mahram ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:43 PM | Show all posts
elok disebat je perogol ni, bila sakit dia mmg akan trauma sampai bila2. ni keluar dari hnery gurney mau cari lagi mangsa lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebat mak pak die sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:06 PM | Show all posts
dengan siblings pun dah tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:29 PM | Show all posts
PENJARAKAN SEKALI MAK BAPAK.... anak pun suh tidur bersepah sampai ruang tamu ada katil tu apooo.... Mak bapak tau nak sedap kongkek2 dalam bilik... hujung-hujung anak kat luar pun join sekali...dah kantoi bersalin baru nak buat report...selama berapa bulan anak pompuan tu bunting sengaja disorok ke??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:45 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-3-2023 12:59 PM
Kesalahan pertama bulan 6, kesalahan kedua bulan 9, beranak bulan 2.

Do the maths.

bulan 4 punye projek tu,nk test dna pun dah tentu same
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 22-3-2023 01:56 PM
tak diet apa2 pun. tapi susah jugak nak dapat saiz dulu masa sebelum kahwin tu
merancang seb ...

Haha btul2 jd hulk..gdm ni bkn apa,tkut berulang je
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Kesalahan pertama bulan 6, kes ...

Sebelum bulan 6 dah tercrettt ler tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:26 PM | Show all posts
Chah21 replied at 22-3-2023 04:17 PM
Haha btul2 jd hulk..gdm ni bkn apa,tkut berulang je

memang berulang sis
once gdm forever gdm
next pregnant buku merah tu kena ada sticker warna kuning ke apa tah.
itu malas nak pregnant lain tu
sebab tau nak kena ambik darah bagai. seram betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:27 PM | Show all posts
JEMPOL kes mak rogol anak pun ada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.310248 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list