CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5104|Reply: 0

Stadium Nasional akan dipasang VAR

[Copy link]
Post time 22-3-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

PSM rancang pasang VAR di Stadium Nasional.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang melengkapkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) berspesifikasi penuh, bagi menjadikan 'rumah' Harimau Malaya itu berkelas dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

"Kami ada perancangan untuk memasang VAR, jadi ia (SNBJ) sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya untuk kejohanan tempatan juga, jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR di SNBJ.

"Kita akan gunakan spesifikasi tinggi dan bertaraf dunia. Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM," katanya.


Mohd Faidz berkata pihaknya juga bersedia mengadakan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah PSM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berhubung kos penggunaan VAR yang dikatakan menelan harga lebih setengah juta ringgit.

Beliau berkata SNBJ perlu menjadi venue terbaik, selain menjadi penanda aras kepada stadium lain di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebelum ini mengesahkan VAR akan mula diperkenalkan pada tahun ini di Liga Malaysia (Liga M), dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

Minggu lepas, pendekatan penggunaan VAR merupakan antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam pertemuannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda.

Pada pertemuan tersebut, Collina mencadangkan kepada Hamidin sama ada untuk menggunakan VAR Sepenuhnya (minimum lapan kamera) atau VAR Ringan (kurang daripada lapan kamera) dalam kancah bola sepak tempatan. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan ... l-akan-dipasang-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049626 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list